Zikir untuk pelbagai penyakit

*ZIKIR UTK PELBAGAI PENYAKIT*

1. *DARAH TINGGI*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan penyakit darah tinggi kami dan turunkan sukatan darah tinggi kami.
*Ya Salaam Ya Mukmin*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"

2. *KENCING MANIS*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan kencing manis kami dan turunkan sukatan gula dlm darah kami.

*Ya Salaam*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"

3. *KOLESTROL*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan penyakit kami dan turunkan sukatan kolestrol dlm darah kami.

*Ya Salaam Ya Mukmin*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa  mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"

4. *GASTRIK*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Bathin*
sembuhkan penyakit gastrik kami dan hilangkan toksid dlm tubuh kami.

*Ya Salaam Ya Mukmin*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"

5. *GOUT*
"Allahumma *Ya Saalam Ya Fattah Ya Muqsith*
sembuhkan penyakit gout kami ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel2 darah dlm tubuh kami.

*Ya Salaam*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"

6. *PENYAKIT THYROID*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah*
ssungguhnya penyembuhan itu adalah milikMu secara mutlak.

Kami hamba yg dhaif merintih kpdMu *Ya Sami' Ya Mujib* yg Maha Mdengar lagi Maha Mengabulkan agar Engkau sembuhkan sakit tyroid ini.

Kami yaqin Engkaulah mentakdirkan sakit ini *Ya Qodir Ya Muktadir* yg Maha Berkehendak lg Menentukan Takdir kerana Engkau ingin memasukkan kami ke syurgaMu. Kami redha atas setiap takdirMu.

*Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin*
kurniakan kami dan keluarganya hati yg kuat utk mengharungi ujianMu ini.

*Ya Sobur*
kurniakan kamk kesabaranMu.
Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah*
kami mohon penyembuhan bg penyakit tyroid ini.

*Ya Quddus Ya Jalil*
bersihkan toksin2 yg ada dlm tubuhnya.
*Ya Mumit*
matikan kuman2 yg menjangkiti jasadnya.
*Ya Mu'id Ya Salaam*
kembalikan fungsi organ2 dlm tubuh kami yg telah rosak.

Sesungguhnya Engkaulah *Ya Malik* yg memiliki semua organ dan sistem tubuh kami.

*Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'*
Engkau mampu menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan kami kerana Engkau yg Maha Mengurus, Mentadbir dan Mengatur seluruh sistem tubuh kami.

Dengan kekuasaan *KUN FAYAKUN* Mu, Engkau hanya berkata jadi maka jadilah, Engkau hanya berkata sembuh, maka sembuhlah..

7. *STROK*

"Allahumma *Ya Rahman Ya Rahim*
kasihani kami Ya Allah, sesungguhnya sakit ini dtg dariMu sebagai takdirMu *Ya Qodir Ya Muktadir* buat kami agar kami ingat kpdMu dan menyebut2 namaMu. Kami redha atas takdirMu ini.

*Ya Salaam Ya Fattah*
hanya Engkau yg dpt menyembuhkan sakit ini.
*Ya Malik Ya Malikulmulk*
anggota tubuh ini milikMu, Engkau pinjamkan kpd kami seketika anggota tubuh untuk kami beribadat kpdMu.

*Ya Salaam Ya Mu'id*
kembalikanlah kesihatan buat kami utk kami terus beribadah kpdMu.

8. *SAKIT BELAKANG*
"Ya Allah *Ya Qodir Ya Muqtadir*
kami redha atas ujianMu ini.
Kami insaf, sekiranya Engkau *Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud* kasih kpd hambaMu, Engkau akan tarik hambaMu dekat kpdMu *Ya Roqib Ya Qoreeb*dgn peristiwa sakit dan pelbg ujian"

"Allahumma *Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin*
kurniakan kami jiwa dan jasad yg perkasa, kuat dan teguh utk beribadah dan berbakti.

*Ya Salaam*
sejahterakan roh dan jasad kami utk kami terus beribadah dan berbakti"

*Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'*
Engkaulah yg mengurus, mentadbir dan mengatur sistem uratsaraf dan tulang kami, letakkan tulang dan urat saraf kami kembali kpd tempat asalnya *Ya Mu'id*.

*Ya Baathin*
hilangkan persangkaan buruk dlm otak kami, padamkan perkataan sakit dlm otak kami kerana Engkau tidak pernah menyakiti kami tetapi Engkau sedang menyuci roh kami agar roh ini sentiasa suci utk mengadapMu"

9. *BUANG ANGIN DLM BADAN*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah*
bukakanlah jln bg angin keluar dari badan kami.

Sekiranya ia berpunca dari toksid, bersihkan toksid dlm tubuh kami *Ya Quddus Ya Jalil*.

Sekiranya ia disebabkan olh urat2 yg bersimpul, *Ya Fattah* Engkau bukakanlah simpulan itu.

Sekiranya ia berpunca dari kegagalan fungsi organ2 dlm tubuh kami *Ya Salaam* Engkau sembuhkanlah kerosakan organ2 itu.
*Ya Mubdi' Ya Mu'id*
kembalikan ia seperti asal"

10. *PYAKIT ANGIN PASANG*
"Allahu Robbi *Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami'*
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang kpd kami hamba2Mu sejak kami dalam rahim ibu kami sehinggalah ke saat ini. Dengarilah doa dan rintihan kami ini.

Allahumma *Ya Fattah Ya Salaam* bukakanlah jalan penyembuhan bg penyakit angin pasang anak kami ....... seluas langitMu *Ya Wasi'*.

*Ya Khofidh* turunkanlah bengkak pada telur ....... anak kami,
*Ya Mu'id* kembalikanlah ia kepada keadaan asal dan
kekalkanlah ia *Ya Baaqi'* sebagaimana ciptaanMu yg azali.

Sesungguhnya semua itu mudah bagiMu semudah Engkau berfirman *KUN FAYAKUN*"

10. *UTK LAIN2 PENYAKIT*
"Allahumma *Ya Baari' Ya Hamid*
basahilah lidah kami utk sentiasa Memuji2Mu *Ya Hamid*"🌹

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com