Singgah lah dulu ke Instagram Pakcu @mamasab_bangsar boleh pilih-pilih kek yang berkenan dihati, pakcu hantar #sampaidepanpintu. Boleh gak tengok harga-harga kek di @katalog_pakcu
Seperti yang dijanji janji kan, Pakcu nak share resepi Kek Pandan Gula Melaka meleleh-leleh terbaik daripada landang. Perhhhh nak pown dah panjang, bila makan compemm sedawa panjang yunk.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka By Mamasab
Kek Pandan Gula Melaka
- 300 gm tepung naik sendiri
- 190 gm unsalted butter
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 255 gm gula halus atau gula caster
- 3 biji telur saiz A ~ suhu bilik
- 105 gm santan KARA
- 45 gm air suam
- 1 sudu besar pandan emulco
- 3 sdb susu penuh krim
- Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
- Satukan santan, air, susu, pandan emulco dan gaul rata ~ ketepikan
- Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
- Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
- Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
- Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
- Tuang ke dalam loyang mengikut jumlah yang sama banyak
- Bakar selama 35 minit ataupun sehingga masak
- Setelah masak, sejukkan atas redai
![]() |
Korang tengok je dah jadi macam ni, nyum nyum nyum, time ni memang baunya harum dah tak sabar nak mamam.nyum nyum. Jom follow IG Pakcu. @Mamasab_bangsar |
Gula Melaka Swiss Meringue Buttercream
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air
Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan.
Resipi Buttercream
1 cawan gula
4 biji putih telur
390 gram butter
1 sudu kecil vanilla esen
Cara membuat :
Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau gula bersama
putih telur. Kacau sehingga gula larut dalam putih telur
Tukarkan adunan ke dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga
ia menjadi putih dan saiznya menjadi dua kali ganda.
Campurkan vanilla dan gula melaka tadi. Pukul lagi dan
masukkan butter sedikit demi sedikit.
Pukul lebih kurang 15 minit sehingga semua bahan bersatu
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air
Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di
bancuh sedikit air
Masak semula hingga pekat.
Sejukkan
Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi.
Horrayy!! Siap Dah kita Punya Kek Pandan Gula Melaka. ok3 kalo yang rasa leceh lah rsespi pakcu ni, malas pulak rasa nak bikinnya. Jangan risau cucu-cucu Pakcu, korang masih boleh makan Kek Pandan Gula Melaka ni tak susah payah, hulu jer ongkoss Pakcu hantar sampai pintu taw. #hantardepan pintu. awak wasapp jer atauppun klik di link ini Pakcu saya nak orderlah Kek Pandan Gula Melaka nie
Sebelum Pakcu melarikan diri, Pakcu nak tunjuk rupa Kek Pandan Gula Melaka ni. Okay sayonara daripada Pakcu, ahhhhhcunnya sayang korang.❤
![]() |
Perhhh sungguh menyelerakan sedapp nya Pakcu. Cer komen sikit. JOm Follow IG Pakcu @mamasab_bangsar |
![]() |
Kan dah kata, Jangan tenung lama-lama nanti terngidam pulak, bagi yang malas nak mengetel2 tepung tu, mai whatsapp Pakcu yer. 0182838810 |
![]() |
Amboi akak kita ni, tak nak bagi sikit ker, kami dah tak tahan nak ngap ni. |
![]() |
Wow tengok pown dah terliuq gilerr, perhhhhh belum ngap-ngap lagi ni. |
![]() |
Satu untuk awak satu untuk Pakcu, kalo nak lagi mai piyem tepi. |
![]() |
Open Order untuk majlis dan event-event, boleh roger taw. save number Pakcu ni 0182838810 |
![]() |
Hai Captain, Ready to.... |
![]() |
Semua ni ada pemiliknya Ready to Delivery, yang ingdam tu ayohhh cepat piyem tepi. |
Hai sayang-sayang Pakcu, Pakcu nak beritahu ni, kalo korang nak tempah secara pukal untuk majlis dan pelbagai event, boleh wahsapp Pakcu yer, ada pelabagai Browneis, Cake Cream dan macam-macam lagi, boleh follow Pakcu yer kat IG or Facebook.
2 comments:
perghh.. panjang kek tu beratur...rasa nak terkam :)
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia
.
Nak tanya kenapa sy buat cream tu nnti dy macam berair ye... Tq in advance
Post a Comment