Biskut berduri Di hati

Tumpang lalu...
Anak sedara cakap ni biskut durian Ke...
Hehehe.. Agak nya nampak cam berduri kot..
Ada Yang nk resepi Ke....
Ni resepi nya....
BAHAN-BAHANNYA 
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla 
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)

Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan(sy guna coklat chip)
CARA MEMBUATNYA 
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Kredit Resepi : iris nor firman



Read More...

Resepi Biskut Kelapa Ranggup

Biskut Kelapa Legend πŸ˜„
Ranggup, bau kelapa semerbak satu rumah harini. mashaAllah!

Resepi Biskut Kelapa

250gm butter
1 cawan gula castor
2 1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan kelapa parut yg disangai hingga kekuningan
1 biji telur
Secubit garam

Cara:
Mix butter dan gula, kemudian masukkan telur, mix hingga sebati. Campurkan tepung dan kelapa parut. Gaul hingga menjadi doh dan terap.

Bakar 170dg 20-25mnt.

Kredit Resepi : amie samuri

Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com