Biskut berduri Di hati

Tumpang lalu...
Anak sedara cakap ni biskut durian Ke...
Hehehe.. Agak nya nampak cam berduri kot..
Ada Yang nk resepi Ke....
Ni resepi nya....
BAHAN-BAHANNYA 
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla 
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)

Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan(sy guna coklat chip)
CARA MEMBUATNYA 
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
Kredit Resepi : iris nor firman



2 comments: