Rumah terbuka Di Masjid Tun Abdul Aziz, Pj / Masjid Bulat cukup meriah dengan kehadiran pelbagai kaum

Wahhh pakcu berkhemah2 lagi,  kali ni nak terjah Rumah terbuka di Masjid Tun Abdul Aziz,  PJ,  selalu org akan panggil Masjid Bulat. Memang bulat masjid nie,😀

Awal2 pagi dah prepred dgn baju raya taun lepas,  perutt confirm lah kena kosong. Masjid tak lah berapa jauhhh,  jadi naik motor kriss pakcu ni. Awal2 pakcu dah gerak,  sebb bukan kebuluq #kelaparan,  tapi pakcu rasa exsited gila nak ke Majlis nie.

Ehhhh,  merapu sikit post kali nie,  sebb time type ni kat depan pakcu Bubur kacang pulut durian menanti nak di angappppp.

Nasib tak lupa,  kenyang-kenyang gak. Niat iktikaf kat masjid harus tak dilupakan, lepas tu pakcu nak cerita gak,  Majlis ni open erkk,  jangan ada yang kata mereka yang bukan non muslim tak boleh datang.  Nie lah yang sepecialnya, pelbagai kaum datang memeriahkan majlis ni. Whhhh cantikk.

Kalo bab menu tue,  tak yahh cerita lebih2, satay ayam confirm jadi tumpuan, ada kuih muih yang entahh namanya. Kalo yang beratt sikit Nasik minyak lauk kambing embekkkk pakcu tak laratt nak makan kenyang sangatt. Ruginya.

Untuk adikk2 ku sayang,  ais cream pown ada, yang kelakar nya siappp ada baduttt🎪
Yang ais cream ni memang tak boleh dilupakan, tetiba pulak keluar idea bisnes nak niaga ais cream untuk majlis2 kehkehkehh.

Apa lagi erkk yang pakcu nak story nie, rasanya memang tak boleh tinggal sebab memang happening sangat. Nak2 si pengacara majlis yang boleh bertutur dalam bahasa Mandrin dengan baik, perhhh pakcu memang sluttt gila. Macam ni lah islam dipandang tinggi, betul tak, baru lah nampak islam ni bukan hanya bersembaahyang jer.

Aduhhh pakcu nak sambung makan pulak pendekkan cerita memang majlis ni sangat happening, kalo tahun depan ada lagi korang jangan tak datang memang terbaik. Ikhlas daripada Pakcu. Wassalam

Ni gambar yang sempat pakcu ambik, huhuhu

















 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com