Bercuti best kalau ada promo

BERCUTI BEST KALAU ADA PROMO

Zaman teknologi IT yang makin grow skang ni banyak tolong kita nak setelkan apa yang patut di manage. So dalam artikel ni pakcu nak share sikit camne nak dapatkan get cheap klia transit tickets kat Traveloka. Korang bagi faham baik-baik nohh.

Traveloka dibuat untuk senangkan korang yang suka travel untuk bercuti sebab korang boleh buat booking and payment sekali. So pakcu akan cerita sikit camne korang nak book and lepas tu pakcu cerita sket kat mana korang boleh pergi bercuti. Perhhh yang ni jangan skipp baca, confirm tergodaa,  tak sabar korang nak apply cuti nanti. 

Promosi traveloka
(sumber: google) 

Yang menariknya Traveloka punya apps selain nak book hotel atau flight korang boleh cari best klia transit fare promo dengan senang. Caranya korang pergi kat menu dan cari book KLIA transport. Dari situ korang boleh pilih destinasi korang dari mana, kemudian nak ke KLIA. Akan kluar harga dan korang boleh book. Lepas korang buat payment through debit card atau kredit card korang akan dapat voucher yang akan send ke email korang. Through voucher tu nanti korang boleh pakai untuk naik tren. Senang kan? Takyah naik teksi kalau teksi tak available and korang pun boleh elak jam and sampai cepat. Kalau korang nak naik ke KLIA2 pon boleh. Tapi voucher ni nanti korang tak boleh jual balik so make sure kalau korang beli tu nanti pakai la ye. So guys please again install tau Traveloka apps. 

Bercuti di Di Negeri Cik siti Wan Kembang

Pakcu nak cerita dengan korang tempat-tempat yang best kat negeri-negeri Cik Siti Wan Kembang. Siapa tak kenal pasar yang mahsyur di Kelantan ni, kat sinilah syurga membeli-belah untuk wanita. Bermacam-macam benda yang dijual di Pasar Siti Khadijah ini, dari barangan kraftangan, pakaian, barang kemas, alat solek, barang sulaman, permainan dan macam-macam lagi, bukan setakat barangan, malahan makanan pun pelbagai jenis macam kuih-muih Kelantan, keropok, dodol, serunding, rempah ratus dan lain-lain. Kalau nak membeli-belah kat sini, korang akan mendapat harga yang special kalau membeli secara borong, bolehlah beli untuk saudara-mara atau geng-geng pejabat, kalau nak murah lagi, korang boleh cuba untuk bertawar-menawar dengan peniaga. Kalau dah penat mencuci mata tengok barang-barang di pasar ni, korang boleh menjamu selera di medan selera  yang ada di tingkat satu bangunan ini. Boleh rambang mata korang tengok kepelbagaian jenis makanan yang ada kat sini macam laksam Kelantan, mee celup, nasi atau mee sup perut, pergh semua sedap-sedap, mesti puas punyalah!

Suasana Pasar siti Khadijah
                 
Taman Negara Kuala Koh

Taman Negara Kuala Koh ini adalah yang terbesar di Malaysia dan meliputi 3 negeri, Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan keluasan sebanyak 4343 kaki persegi. Hutan hujan tropika yang berusia lebih kurang 130 juta tahun ini dapat memberikan pengalaman penerokaan yang sebenar. Kat sini korang mungkin dapat menemui haiwan-haiwan liar dan sekiranya korang bernasib baik, mungkin korang dapat tengok gajah yang berada di dalam hutan ini. Antara aktiviti lain selain jungle trekking, korang boleh berakit ataupun memancing ikan di sungai yang tenang di hutan ini. Waktu yang terbaik untuk melawat Taman Negara ini adalah pada bulan April sehingga Oktober.

                

Papan tanda,  sebagai menyambut kehadiran Pengunjung
                    
          

Air terjun lata Berangin

Sebuah air terjun yang sangat indah di Kelantan dengan ketinggian sebanyak 120 meter, ia merupakan salah satu daripada air terjun yang tertinggi di Kelantan. Antara aktiviti yang boleh korang sekeluarga lakukan sekiranya datang ke sini adalah macam jungle trekking, berkhemah, memancing dan berkelah. Kalau korang yang sukakan fotografi juga, disyorkan untuk korang melawat air terjun ini kerana pemandangannya yang sangat menyejukkan mata.

Suasana yang mendamaikan,  sesuai untuk mereka yang sentiasa merindui ketenangan dengan deruan air terjun dan kicauan burung. 


Muzium Kelantan

 Terletak di pusat bandar Kota Bharu, kalau korang datang melancong ke negeri ini, memang wajib untuk korang singgah ke muzium ini kerana kat sini korang dapat tengok pelbagai jenis hasil tangan kreatif dan barangan tradisional Kelantan. Barangan-barangan ini boleh dijadikan hiasan di rumah korang kalau korang ingin mewujudkan suasana klasik di mana-mana sudut rumah dengan barangan macam songket, ukiran kayu, buluh, raga, anyaman rotan dan bermacam lagi jenis cenderamata. So ada banyak tempat yang best dan korang boleh shopping kat Kelantan ni.

Gambar ni jer yang sempat pakcu share

3 comments: