Resepi kentang viral

Kentang viral

Resepi
Kentang 3  biji..
5sudu tepung jagung
Satu sudu tepung beras
Lada, daun sederi, garam, perasa..
Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenykekan...
Gaul semua bahan..
bentukkan seperti dalam gambar
goreng

kredit: dapur pakdi




Read More...

Resepi Mee Hailam

 Resipi mee hailam

6 ulas bawang merah kecil:-
4 ulas bawang putih  : -tumbuk lumat
2 sdm cili blender
1/2 sdt lada sulah -boleh tambah kalau suka
2 sdm sos cili
2 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Sedikit kicap pekat
2 sdm tepung jagung dibancuh dgn sedikit air untuk pekatkan kuah
Kicap manis secukupnya
500 gm mee kuning
daging hiris nipis
Fish ball/fish cake
Udang/sotong- tak bubuh
1 ikat sayur kailan
1 paket kecil putik jagung
1 batang lobak merah
Sedikit kubis bunga
Garam secukup rasa
Minyak bijan

Masukkan minyak dlm kuali.  Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili dan tumis lagi... Masukkan daging...dan bahan2 sos... tambahkan sedikit air ... masak sehingga daging agak empuk. Masukkan fish ball/fizh cake, udang / sotong jika ada....
Masukkan l liter air nak banyak kuah boleh tambah... masukkan lada sulah ...renehkan kuah sehinnga daging  empuk... masukkan sayuran yg keras dulu ... renehkan lagi... last masukkan mee dan sayur kailan juga garam (jika perlu).. masukkan juga tepung jagung yg sudah dibancuh. Renjiskan sedikit minyak bijan untuk aromanya... jangan masak lama bila dah masuk mee nanti mee kembang.
Siap.....

kredit: norsilah abdullah
Read More...

Resepi mini swiss roll

Mini swiss roll

Bahan A :

🌈 6 biji telur gred A
🌈 200 gram gula castor
🌈 1 sudu besar ovalate
🌈 ½ sudu kecil garam
🌈 sedikit esen vanilla

Bahan B :

🌈 200gram tepung gandum

Bahan C :

🌈 150gram minyak masak
🌈 60gram santan kotak

Cara-cara :

1) putar bahan A hingga kembang gebu
2) masukkan bahan B sedikit Demi sedikit. Putar hingga sebati
3) off mixer. Masukkan minyak & santan. Kaup balik dgn senduk aje.
4) gris loyang 7x7x3 .
5) bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dgn berat 150gram++ setiap adunan.
Letak pewarna merah, orange, kuning, hijau, turquoise & purple.
6) kukus adunan dgn warna purple dahulu. Kukus selama 8min setiap lapisan. Ulang hingga habis adunan.
7) keluarkan kek yg telah masuk daripada loyang. Sejukkan.
8) trim tepi² kek dahulu.
9) potong kek nipis² ,,baru la xpecah bila gulung.
10) putar fresh cream (value pride) hingga soft peak.
11) pipingkan fresh cream keatas kek Yang telah dipotong nipis & gulungkan (refer pic)

SELAMAT MENCUBA

notakaki : resepi ni kita Google aje.. Kalau xphm,, atau ragu² ,boleh la Google ye πŸ˜‚πŸ˜‚

Resepi ni mmg xguna baking powder @ soda bicarbonate.

kredit: ain kamis







Read More...

Resepi pudding Roti paling mudah

Resepi pudding Roti ni. Senang buat n sedap

Resepi sukatan banyak ni kalau nak buat sikit bahagikan kepada 4 bahagikan yer. Sbb sukatan ni dapat 4 Loyang.

Pudding roti
6 kampit agar2 bertali
2 tin Susu cair
1kampit Gula halus
6 liter air
4 biji telor
2 buku  Roti gardinea saya guna yg panjang
Asen vanilla
Pewarna merah

Cara2
Masak agar2 sampai larut
Masukkan gula
Susu kocak dgn telor
Masukkan Asen vanilla 1 penutup
Biarkan sampai mendidih.
Tutup api.
Sediakan Roti potong dadu Dan masukkan dlm loyang
Tuang agar2 yg dah Dimasak tadi
Titikkan Pewarna Dan buat corak ikut suka.
Siap... Salamat mencoba

kredit: wattie rozman
Resepi pudding Roti paling mudah

Resepi pudding Roti paling mudah

Read More...

Resepi Wajik Paling Mudah

Resepi wajik paling mudah,4 bahan,sukatan cawan je

Resepi wajik ok akk mariam edit.

4 cwn pulut
5 cwn santan
4 cwn gula merah
11/2 cwn gula putih

Pulut rendam 3 jam dn kukus 25 minit dh tu ketepikn dulu
Masak santan dn gula merah,gula putih letak garam sikit klu nk rasa lemak2...kak mariam suka buh santan lebih biar rasa lemak brkrim..baru puas mkn..msk sampi brtali pekat baru masuk kn pulut..dah cantik pekat sekata dng pulut baru masuk kn dlm loyang,talam atau apa2 sj laaa..

Slmt mencuba..

kredit: siti mariam
Read More...

Resepi Brownies Lava

Fudge Brownies Chocolate Pod or Brownies Lava

Bahan A
150g Pure Butter
250g Dark Chocolate

Bahan B
3 biji Telur
200g Gula Castor
30g Tepung Jagung
3 sudu teh Vanilla

Bahan C
200g Tepung Gandum
60g Cocoa Powder
1 sudu teh Bakinh Powdee

Chocolate Cream - Hershey's Chocolate Cream
*boleh ganti dengan Nutella

Hiasan
Chocolate Chip

Cara-cara
1. Double Boil Bahan A.
2. Gaul Bahan B sehinga Rata. Pukul Perlahan.
3. Masukkan Bahan A ke Bahan B.
4. Ayak Bahan C. Masukkan Bahan A + B ke Bahan C.
5. Masukkan dalam papercup sederhana besar. 25g per paper cup
6. Setkan Oven Api Atas Bawah 150°. Bakar selama 15 minit pertama.
7. Bakar sekali lagi 15 minit Api Bawah Sahaja.
8. Lubang Brownies sebaik sahaja keluar dari Oven. Tidak perlu tunggu sejuk.
9. Paipkan chocolate Cream.

Selamat Mencuba!!

Resepi Oleh: Nadiah Halim

Read More...

Kek viral Basque Burnt Cheese Cake

kek viral Basque Burnt Cheese Cake

 guna 5 bahan jaa.. Serius memang cepat dan senang. Mak² mesti suka ni buat sebab kerja cepat kan πŸ˜‚πŸ˜‚

Alhamdulillah menjadi jugak kek kami ni haa. Ayah kata sodap. Bukan senang nak dengaq orang lelaki ni puji πŸ˜„ kami share resepi untuk rujukan kot² mana tau mood rajin nak buat tu mai tiba². Kot rajin laa. Kalau malaih tak tau la labuu πŸ˜ŒπŸ˜‚

Bahan² (ada dalam gambar):
500 gm cream cheese
150 gm gula castor
4 biji telur
15 gm tepung gandum (diayak)
250 ml whipping cream

Cara²:
Cream cheese dah lembut, pukul dengan gula castor sebati.
Masuk telur satu per satu. Kacau.
Tepung masuk sikit sikit. Kacau sebati
Last, masuk whipping cream kacau guna spatula jaa kaup balik. Jangan kacau tak mau² pulak. Lemah lembut gemalai je gituh. 😌
Panaskan oven awai² suhu 200 dalam 10 min.
Letak alas patchment paper atau kertas minyak dalam loyang. Masuk adunan. Nak kek cun melecun guna loyang saiz 6" atau 7" tau. Kami guna 8" sebab tu kek kami pendek kemetot sikit. πŸ˜‚
Bunyi tingg.. Masuk adunan dalam oven. Set lagi sekali suhu 200 bakar 1 jam.

Tunggu dengan sabaq sambil layan drama. Bunyi ting. Off oven. Keluarkan dia bagi sejuk dulu. Then baru boleh potong dan makan. Jangan lupa baca Bismillah yaa 😁
Nak lagi sodapp, masuk peti aih. MasyaAllah nikmatnya tak boleh bawak bincang. ❤

kredit: fatin mohamad


Read More...

Resepi belebat keledek

Belebat keledek
-------------------------

1 ketul keledek ungu
1 ketul keledek oren
1 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
4 sudu  besar gula
1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang

1. Kukus ubi keledek ungu & oren..bila sudah empuk,sejukkan ,kupas kulit potong dadu.

2. Bancuh tepung beras,santan,garam dan gula. Kemudian kacau atas api perlahan hingga pekat.

3. Masukkan keledek yang dikukus & dipotong dadu ke dalam tepung yg dah masak.

4. Kacau perlahan-lahan jangan sampai hancur.

5. Ambil sekeping daun pisang yang sudah dilayur. Pakai sudu letak adunan tengah2 daun pisang.

6. Lipat seperti membungkus nasi lemak.

7. Susun dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit..xperlu lama kerana semua dah masak.

kredit: imi aruz
Read More...

Resepi Donut Gebu Gebu Mamasab

DONUT GEBUS GEBAS
(tanpa guna bahan penaik/pelembut)

Bahan A:
1 paket Mauripan
4 sudu gula
segelas air suam

** Rendamkan sehingga yis kembang. Buih mcm teh tarik tu...kalo yis xde buih camtu maksud yis rosak. Guna yg baru.

Bahan B:
1kg Tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin(mak gune pelangi)
1 sudu kecil garam.

** Gaulkan semua bahan B dlm bekas.

Seterusnye...
1. Dalam bekas bahan B tadi, masukkan semua bahan A. Uli sehingga sebati bersama tambahan air lain sedikit demi sedikit sehingga doh jadi lembut.

2. Rehatkan doh selama 20minit sehingga doh kembang. Tutup bekas supaya tak masuk angin.. Sikit2 takpe...πŸ˜…

3. Apabila kembang, uli semula utk buang angin2 pada doh tadi... Terapkan doh ikut bentuk citarasa sendiri.

4. Panaskan minyak, goreng pade api sedarhana sehingga masak...

5. Terpulang nak golek bersama gula atau topping coklat sebagainya...

***Sekilo tepung boleh dpt dlm 30-35 biji  yg  mcm dlm gambar.. Kalo nak buat sikit bahagikan bahan2 B  kepada separuh.. Tapi bahan A tak perlu bahagi. Tetap sama tau.  3 biji dah kenyang..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† SELAMAT MENCUBA!

kredit: dapurOmeyNomey
Read More...

10 Cara bagaimana bangkit dari jatuh/kegagalan

10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH
.
1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita.
.
2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point.
.
3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.
.
4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.
.
5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.
.
6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.
.
7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.
.
8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula.
.
9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.
.
10. Buat , buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.
.
Semoga bermanfaat dan dapat membantu.
Silakan Share !
.

BEST KE TIPS KALI NI? KOMEN "ALHAMDULILLAH" BOLEH? 😊
#gagalyangberjaya


Tip kejayaan
Kemanisan Kejayaan yang Di idamkan perlu merasai kepahitan kegagalan yang ditakuti
Read More...

Bagaimana untuk berjaya dunia dan akhirat

Bagaimana Resepi untuk berjaya dunia dan akhirat

1- niat kena betul - krn Allah swt
2- jaga solat Fardhu berjemaah
(27 kali pahala berjemaah- beradab  dgn Allah)
3-Rajin bersedekah
4-solat Sunat duha- mengingatkan kita kpd siapa maha pemberi Rezeki-
5- mesti jadi org yg berani- nak jadi org kaya dan berjaya mesti ada rintangan dan masalah ( berani hadapi cabaran dlm hidup kita)
6- Jujur apa yg kita buat akn rasa Tenang dan bahagia
7-berusaha sebaik mungkin dan pasrah pd Allah
8-seboleh mungkin bacalah Al Quran setiap hari, jernihkan hati, ilham yg baik utk menyusuri hidup
9-jaga dan hormati hati ibu ayah kita
Bila Ibu ayah Redha- Allah pun Redha
10-tak boleh berdendam dgn masa lalu (bersahabat dgn masa lalu)
Lihat masalah sebagai medan wujudkan peluang2 baru
11-tabah menghadapi ujian hidup ini
Jgn di pinta hidup yg mudah tapi pinta Kehidupan Yang Tabah ~RM

*berjaya di dunia & Akhirat semua*

#gagalyangberjaya



Read More...

Cikgu June kongsi tip urus duit bisnes untuk peniaga2 wanita #niagawati

Siapa tak kenal cikgu petir ni, bila scroll fb cikgu ni, ehmmmm semngat berkobar-kobar nak cetakk duit berkepok2, Pakcu copy dulu erk, korang baca lah tip ni, #khaswanita kaum adam baca untuk maklumat ya.

Basic Guideline Untuk Urus Duit Bisnes
Khas Untuk Orang Perempuan
(Untuk 1-3 tahun pertama berbisnes)
(Untuk untung bersih bisnes 1K-10K)

Pecahkan kepada 6 bahagian
1. INCOME
Income bisnes (untung bersih)
Komisyen
Bonus
Kutu

.

2. CASH SAVING (20% dari income)
Letak dalam TH atau ASB
Wajib paksa diri agar berdisplin
Duit KUTU, BONUS TH/ASB jangan belanja, simpan dalam cash saving juga. Ini namanya gemokkan pokok. 🀭

Pastikan anda ada AIM CASH SAVING.
Contoh:
Cash Saving TH 100K sebelum Dis 2020.
Cash Saving ASB akaun pertama 200K sebelum June 2021.

.

3. SEDEKAH, ZAKAT, INFAQ
(Untuk permulaan 2.5%, bila dah semakin maju, upkan sampai 5%-10%)
Elaun mak ayah
Sedekah
Zakat perniagaan
Infaq

.

4. RESERVE FUND (min 10%, max 30%)
Ini bukan tabung energency !!
Ini tabung nak besarkan bisnes
Ini tabung untuk upgrade bisnes

.

5. LOAN REDUCTION
(rumah/kereta/ptptn/personal loan/credit card)
Monthly installment (wajib bayar)
Principal reduction (bila ada duit banyak, boleh start bayar principal untuk cepat langsaikan loan)
Bila bisnes semakin maju, cuba bayar advanced payment 3-6 bulan. Cubalah. Hati nanti tenang jer...

.

6. EXPENSES
Konsep utama di sini, jangan cepat joli-joli. Ingat yea. Orang bisnes sentiasa perlukan #DUIT_MODAL untuk restock (rolling modal).

Yang ada suami, biarlah suami tanggung expenses rumahtangga & perbelanjaan anak-anak. (Unless suami hilang upaya mencari nafkah).

Yang masih solo, gunalah prinsip ikat perut untuk 3 tahun pertama. Korea & Istanbul tak kemana dik. Tiba masa, pergilah travel sesuka hati mu.

.

#Disclaimer
#GAJI mana?
Yea yang cash saving tu lah gaji. Ngeeee. Biasalah dik. Setakat untung bersih 10K, tak yah lah ambil gaji dulu.

Ada banyak teori kewangan kat luar sana. Yang ini formula simple cikgu. Formula cincai lebih kurang halal supaya tak ‘termakan duit bisnes.’ Boleh jer adjust-adjust ikut suka hati sendiri. Huhu.

Actually cikgu #MALU nak kongsi cara ni sebab takut kena marah dengan sifoo kewangan lain. Sebab banyak bercanggah dengan teori sifoo-sifoo. 🀭

Alahai rasa nak DELETE post ni. Malu weiiii.
Korang adjust-adjust mana yang patut yea. 😬

Kredit : FB (June Mohd Som)

Tip urus duit
Tahun pertama memberi cabaran untuk pemilik bisnes, bijak mengurus kewangan pada tahap ini menbuka peluang untuk pemilik bisnes mengembangkan lagi bisnes ketahap seterusnya. Semoga Berjaya 

Read More...

Resepi Congo Bar Mamasab Bakery

Assalamualaikum. Ada yang bertanya resepi congo bar. sy post kat sini ye. #mamasab lepas korang boleh Cuba. Mana tahu ada yang berkenan boleh lah buat side income #bekerjadirumah

Bahan2
2 3/4 cwn tepung gandum
2 1/2 sdk baking powder
1/2 sdk garam
2/3 cwn butter
2 1/4 cwn (275g) gula perang
3 biji telur
1 sdk esen vanila
1 cwn choc chip

Cara2
Ayak tepung & baking powder. Masukkan garam gaul sebati.ketepikan.
Butter & gula.gaul sekadar sebati saje.kejap jer.step ni sy guna mixer.
Pastu masukkan telur & esen, pukul perlahan, skadar sebati.step ni sy guna mixer jgk. Cabut mixer. Masukkan tepung, gaul kaup balik dgn spatula.masukkan choc chip.gaul kejap jer. Panaskan oven. Alas loyang dgn baking paper.letak adunan. Bakar selama 25mnt suhu 160 @ sehingga masak (bergantung kpd oven sdiri jgk) Keluarkan dr oven, potong.

P/s:size 10-14inc 1 adunan. Kalau guna loyang size 6-8inc, bahagi 2. 1 adunan dpt 2 biji

P/s: semua step pukul slow & sekejap jer. Jgn kacau bersungguh. Jgn overbake. Tekstur jadi keras.

Congo bar sdap mkn panas2. Biasanya sy buat dkt2 customer nak ambek. Boleh reheat dlm microwave.

credit : Azreen Shafila Abdullah‎ #mahn

Congo bar menjadi pilih utama di Mamasab Bakery


Mamasab bakery


Mamasab bakery

Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com