Kek viral Basque Burnt Cheese Cake

kek viral Basque Burnt Cheese Cake

 guna 5 bahan jaa.. Serius memang cepat dan senang. Mak² mesti suka ni buat sebab kerja cepat kan 😂😂

Alhamdulillah menjadi jugak kek kami ni haa. Ayah kata sodap. Bukan senang nak dengaq orang lelaki ni puji 😄 kami share resepi untuk rujukan kot² mana tau mood rajin nak buat tu mai tiba². Kot rajin laa. Kalau malaih tak tau la labuu 😌😂

Bahan² (ada dalam gambar):
500 gm cream cheese
150 gm gula castor
4 biji telur
15 gm tepung gandum (diayak)
250 ml whipping cream

Cara²:
Cream cheese dah lembut, pukul dengan gula castor sebati.
Masuk telur satu per satu. Kacau.
Tepung masuk sikit sikit. Kacau sebati
Last, masuk whipping cream kacau guna spatula jaa kaup balik. Jangan kacau tak mau² pulak. Lemah lembut gemalai je gituh. 😌
Panaskan oven awai² suhu 200 dalam 10 min.
Letak alas patchment paper atau kertas minyak dalam loyang. Masuk adunan. Nak kek cun melecun guna loyang saiz 6" atau 7" tau. Kami guna 8" sebab tu kek kami pendek kemetot sikit. 😂
Bunyi tingg.. Masuk adunan dalam oven. Set lagi sekali suhu 200 bakar 1 jam.

Tunggu dengan sabaq sambil layan drama. Bunyi ting. Off oven. Keluarkan dia bagi sejuk dulu. Then baru boleh potong dan makan. Jangan lupa baca Bismillah yaa 😁
Nak lagi sodapp, masuk peti aih. MasyaAllah nikmatnya tak boleh bawak bincang. ❤

kredit: fatin mohamad


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com