Belebat keledek
-------------------------
1 ketul keledek ungu
1 ketul keledek oren
1 cawan tepung beras
3 1/2 cawan santan
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang
1. Kukus ubi keledek ungu & oren..bila sudah empuk,sejukkan ,kupas kulit potong dadu.
2. Bancuh tepung beras,santan,garam dan gula. Kemudian kacau atas api perlahan hingga pekat.
3. Masukkan keledek yang dikukus & dipotong dadu ke dalam tepung yg dah masak.
4. Kacau perlahan-lahan jangan sampai hancur.
5. Ambil sekeping daun pisang yang sudah dilayur. Pakai sudu letak adunan tengah2 daun pisang.
6. Lipat seperti membungkus nasi lemak.
7. Susun dalam pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit..xperlu lama kerana semua dah masak.
kredit: imi aruz
2 comments:
Sedap tengok rupanya :)
Hai. Ya try lah buat..insyallah mrnjadi. Trrima kasih sudi singgah
Post a Comment