Resepi Donut Gebu Gebu Mamasab

DONUT GEBUS GEBAS
(tanpa guna bahan penaik/pelembut)

Bahan A:
1 paket Mauripan
4 sudu gula
segelas air suam

** Rendamkan sehingga yis kembang. Buih mcm teh tarik tu...kalo yis xde buih camtu maksud yis rosak. Guna yg baru.

Bahan B:
1kg Tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin(mak gune pelangi)
1 sudu kecil garam.

** Gaulkan semua bahan B dlm bekas.

Seterusnye...
1. Dalam bekas bahan B tadi, masukkan semua bahan A. Uli sehingga sebati bersama tambahan air lain sedikit demi sedikit sehingga doh jadi lembut.

2. Rehatkan doh selama 20minit sehingga doh kembang. Tutup bekas supaya tak masuk angin.. Sikit2 takpe...πŸ˜…

3. Apabila kembang, uli semula utk buang angin2 pada doh tadi... Terapkan doh ikut bentuk citarasa sendiri.

4. Panaskan minyak, goreng pade api sedarhana sehingga masak...

5. Terpulang nak golek bersama gula atau topping coklat sebagainya...

***Sekilo tepung boleh dpt dlm 30-35 biji  yg  mcm dlm gambar.. Kalo nak buat sikit bahagikan bahan2 B  kepada separuh.. Tapi bahan A tak perlu bahagi. Tetap sama tau.  3 biji dah kenyang..πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† SELAMAT MENCUBA!

kredit: dapurOmeyNomey

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com