Resepi Puding Roti

Ramai yang ikut sama terliur bila saya post gambar puding roti semalam. Sedap? Oh, memang sedaplah. 😁😁

Sebab ada yang tanya saya resepi puding roti ni, jadi saya kongsikan kat sini ya. Puan Isteri yang bagi kat saya ni, saya tolong post je.

Boleh Share untuk kawan-kawan nak cuba buat jugak ya. 😊😍

****************
Bahan-bahan untuk puding roti:

8-10 keping roti putih

3 biji telur

1 1/2 cawan susu segar

4 sudu besar gula perang

1 sudu teh esen vanilla

Sedikit butter

Sedikit coklat chips (optional)

Sedikit badam hiris (optional)

*Kismis tak letak sebab tak ada.

************
Cara menyediakan puding roti kukus:

1. Sapu loyang dengan butter.

2. Sapu mentega pada depan dan belakang roti, carik-carikkan. Letakkan roti ke dalam loyang.

3. Blenderkan susu segar, telur, gula dan esen vanilla.

4. Curahkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya sebati dengan adunan tadi. Biarkan seketika supaya roti menyerap adunan tadi.

5. Taburkan kismis dan coklat chip di atas roti.

6. Bakar dalam oven 170° dalam 30-40 minit @ hingga masak.

Bahan-bahan untuk sos kastard:

1 tin susu cair (ideal)

1/2 tin air (guna tin susu cair di atas)

3 sudu besar gula

Secubit garam

2-3 sudu besar tepung kastard

1 sudu teh esen vanila

Cara menyediakan sos kastard:

1. Masukkan susu cair, air, gula, garam, tepung kastard dan esen vanila ke dalam periuk.

2. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat dan mendidih dengan menggunakan api perlahan.

3. Tutup api. Sejukkan.

Cara menghidang:

1. Potong puding roti (bentuk potongan ikut citarasa).
2. Tuang sos kastard ke atas puding roti.
3. Boleh dihidangkan panas atau sejuk.



Read More...

Cara buat kek manggo cheese leleh versi mamasab






Resepi Kek Manggo Cheese leleh
(Sedikan 1 loyang bulat)
Bahan-bahan utk kek spong(versi kukus)
1cawan gula halus(mak pakai 3/4 cwn je)
3bji telur gred A
1sb ovelatte
1/2cawan minyak masak
1/2cawan susu cair
1penutup Pewarna kuning
1sk vanilla
2cawan tepung gandum
1 sk baking powder
CARA-CARA:
👉Mixer gula,telur,ovelatte sampai kembang gebu &bewarna putih.
👉Masukkan minyak,susu cair,pewarna kuning & vanilla.
👉Mixer sampai sebati.
👉Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
👉Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.
👉Kukus kek 30 minit dgn api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus.Tutup atas loyang dengan aluminium foil
CREAM CHEESE LELEH
Cream cheese Tatura 250 gram.
Susu cair/susu segar suku cawan
1cwn Wipping cream(Wipping cream dah sedia manis)
👉Mixer cream cheese n susu hingga kembang
👉Masukan Wipping cream putar hingga gebu
MANGGA LELEH(puri)
Manggo 1 biji
Gula 2sb
Bland sampai halus hingga jd puri
👉Jangan lupa manggo 1biji potong siap2 utk hias atas kek
👉Selepas kek masak ,tunggu kek betul2 sejuk.potong kek buat 2 layer , lapiskan kek dengan cheese,
👉Parut cheddar cheese atas kek..
👉letak manggo yang siap di potong kecik-kecik
👉letak mangga leleh atas kek.. Blh letak byk ikut suka..
Selamat mencuba...😊

Read More...

Resepi cheesekut Cake

RESEPI CHEESEKUT CAKE

Bahan2:

250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
.
p/s:Susu segar beli kotak kecik pon dah cukup.
Saya beli besar sebab balance nak buat mushroom soup. Hee.

1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.

2)Lapik loyang dengan plastik.
Celup biskut dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup jap je taw. Kalau rendam lame nanti jadi lembik.
3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).

4)Ulang step yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang last.
5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.
6)Dah siap masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk taw.

Tadaaaa. Ni lah hasil kejadian pas kuar dari esbox. 😍😍😍

Ready untuk makan. Ya Allah. Sedapnyeee! 😋 😋 😋 Rugi taw kalau tak cuba. Hee. Selamat mencuba.

Read More...

Resepi kek coklat blender

Kek coklat blander..
Versi kukus...
😋😋

Resepi
Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak

Topping
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

Kredit resepi ini kpd nora syikin #mahn
Read More...

Resepi Daging Briyani

Resepi Daging Briyani

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara Penyediaan:

Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

selamat mencuba

kredit: resepi ringkas
Read More...

Resepi Bomboloni Nutella

Resepi Bomboloni Nutella

Bahan:
- Tepung gandum/high protein (500gm) - pemilik resepi guna high protein
- Yis mauripan (11gm) - 1 paket
- Serbuk penaik (1/2 sudu teh/sudu kecil)
- Marjerin (1 sudu makan)
- Telur gred B (1 biji)
- Gula (3 sudu makan/sudu besar)
- Susu tepung (2 sudu makan/sudu besar)
- Sedikit garam
- Susu segar (1 cawan)
- Air biasa (1/2 cawan)

Cara penyediaan:
1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.

2. Kalau korang uli guna tangan, uli selama 15-20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit.

Tips: Uli sampai dia jadi elastik. Tak terlalu lembik.

3. Rehatkan adunan selama 30 minit.

4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.

5. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana.

6. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat tu.

Tips: Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.

7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pula.

8. Akhir sekali, boleh letak inti (filling) Nutella.
Read More...

Resepi Chicken Mango

CHICKEN MANGO.

Bahan:
Ayam..Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng kentucky brand NONA
Minyak utk menggoreng

Cara:
Panaskan minyak
perap isi ayam dgn lada hitam n bwg putih..perap slama 20minit..pecahkan telur dlm isi aym..gaul2..n cmpakkn isi aym ke dlm tpg serbaguna Nona dan..goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot/daun ketumbar dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Asam limau nipis..perah
klau pekat blh tmbh air pns

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)...sukatan agak2 je.

Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td...tuang sos atas ayam. Siap!!!

Selamat Mencuba!

Kredit: Hawa qalisha ikin
Read More...

Cara buat pulut kuning

*Resepi Pulut kuning*👩‍🍳

Bahan-bahan

- Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
-santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
-Daun pandan
-serbuk kunyit 2 sudu besar
-asam keping ( 3 keping )
-garam ( 1 sudu )

Cara-caranya

-cuci beras pulut sebanyak 3 kali

-rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.

-kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit

-kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu garam

- Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )

- kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.

Okay siap 😁
Nak share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam . Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama mcm dlm gambar
Selamat mencuba👍

credit : Salmanormi Saleh‎
Cara buat pulut kuning
Read More...

Resepi Popiah Carbonara

Popia carbonara

Resepi:
1 tin carbonara prego
4 batang sosej (hiris)
1/2 batang carrot (sagat halus / potong kecik)
1 tin cendawan butang (hiris)
Dada ayam (ikut suka nak banyak mana)
Kulit popia
Sedikit black pepper
Sedikit garam
Air
Bawang holland / bawang besar biasa (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cheesedale (kalau nak letak)

Cara-cara:

Tumis bawang besar & bawang putih. Dah naik bau masukkan dada ayam, carrot, cendawan, sosej. Kemudian masukkan air sikit.. bagi ayam tu masak.. dah masak, baru masukkan sos prego.. tambah garam sikit dan black pepper sikit.. dah mendidih boleh matikan api.. tunggu sejuk sikit baru gulung dengan kulit popia.. siap 😍 mana yang nak letak cheese, masa gulung tu letak la cheesedale.. 1 keping tu boleh potong 2 atau potong 4.. ikut pada kita nak banyak mana cheese..

kredit: daiya aim



Read More...

Resepi Donut gebu paling Viral

Jam 4 ptg uli tepung utk mendonut.
Jam 6 ptg settle siap mengoreng..
Dlm pic hasil dr 1 peket tepung cap Bunga Rose.97 biji kesemuanya. Lumayannn...

Donut Gebu Tokma.

1 peket tepung cap bunga Rose ( 850 grm)
1¹/² peket yis mauripan.
3 sudu besar majerin
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar gula pasir.
Gaul kesemuanya..

Uli guna air sejuk peti ais.
Tokma guna air sejuk coway.
Lbh kurang 1³/4 tau 2 cwn.

Tutup & perap dlm 20 - 30 minit.
Lps tu tumbuk² utk buang angin & bentukkn donut. Siap bentuk boleh goreng..

Taraaaa...siapppp...
Donut Airtangan Tokma..

kredit: rossita omar



Read More...

Resepi rendang Ayam

Done...siap masak rendang ayam versi sis👩🏻‍🍳

RENDANG AYAM

1 ekor ayam-yg dh potong
3 biji bwg besar -yg merah•
5 ulas bwg putih•
Sedikit halia•
Sedikit lengkuas•
4 btg serai-d ketuk
1/2 kg santan
1/2 sudu mkn asam jawa(sis guna yg adabi)
5 keping daun limau
3 keping daun kunyit-mayang halus
1 peket rempah rendang baba’s

Blend bahan yg brtanda•
Kemudian tumis bahan td sampai masak..
Masukkn rempah rendang dn serai,masak sampai rempah tu pecah minyak,kemudian masukkn santan dn ayam....dn boleh lh d masukn gula garam dn asam jawa,Masak sampai ayam betul2 masak dn kuah kering sikit...
Last sekali masukn daun limau dn daun kunyit....nk letak salah satu daun tu pun boleh...tp sis suka letak dua2 skali lg sedap....rendang versi sis ni tk guna kerisik,tp rasa dia tetap sama dgn yg ada kerisik😬

kredit: siti zubaidah hassan
Read More...

14 kelebihan Istighfar

📚🌸📚🌸📚🌸📚🌸

*14 KELEBIHAN ISTIGHFAR*

apabila seseorang beristighfar,tidaklah bermakna dia hanya mendapat keampunan daripada Allah sahaja.
Bahkan pebagai ganjaran dan kelebihan lain yang Allah kurniakan kepadanya.

Antara ganjaran yang Allah sediakan bagi mereka yang banyak beristighfar adalah seperti berikut:

*🌸 Allah berikan keampunan dosa.*

*🌸Allah hapuskan segala kesalahannya yang lalu*

*🌸Allah tutupi aibnya di dunia dan di akhirat*

*🌸Allah kurniakan pahala yang banyak*

*🌸Allah beri perlindungan  daripada musibah*

*🌸Allah mempermudahkan swgala urusan*

*🌸Allah kurniakan rezeki daripada sumber yang tak disangka*

*🌸Allah keluarkan daripada sebarang kesulitan*

*🌸Allah turunkan hujan dan rahmat*

*🌸Allah berikan rezeki yang banyak*

*🌸Allah kurniakan zuriat yang ramai*

*🌸Alllah hidupkan tanaman yang subur*

*🌸Allah beri kejayaan dan kekuatan*

*🌸Allah kurniakan sumber air*

*😊👌Justeru,perbanyakkanlah istighfar dalam kehidupan.Perbanyakkanlah istihfar pada setiap hari dan malam,perbanyakkanlah istighfar walau dirumah mahupun dalam perjalanan.*

*Ingatlah,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Allah pasti memgampun segala dosa.*

        *🌸Aamiin🌸*

*🌹Pemurahnya Allah 🌹*

  🌸📚🌸📚🌸📚🌸📚
Read More...
Murtabak Popia Simple...

BAHAN2 INTI

🍁3 keping daging burger @ daging / ayam cincang
🍁1 biji bawang besar potong dadu
🍁1 ulas bawang putih
🍁1 sdb rempah kari daging
🍁1 sdb rempah kurma
🍁3 biji kentang potong dadu( rebus hingga lembut)
🍁Daun sup
🍁Sedikit kiub daging/ayam

Cara2
🍂Tumis kan bawang yg di potong dadu hingga naik bau...
🍂Masukkan rempah kari + rempah kurma (bancuh dengan air)...tumis hingga pecah minyak.
🍂Baru masukkan daging burger yg telah di hancurkan...
🍂Lepas tu masukkan kentang yg telah di rebus tadi..dan letakkn sedikit air...masak hingga kering.
🍂Akhir sekali perasakan dgn garam + gula dan perasa..

Telur 2biji
-----------------
🍂Sekatakan dan sudukan dlm inti (rujuk pada gambar di bawah)

★Letakkan inti di tengah2 kulit popia yg di ltak secara menyerong...sudukan telur di atas inti tersebut dan lipat kan kulit popia ( rujuk gambar di bawah )...Gunakan minyak yg sedikit sahaja utk mngorengkannya...api kecil ya★

kulit popia secukupnya
cheesedale keping juga jngan lupa ( kalo sukala ) @ mozarella....mna2 yg korang suka

kredit to Sha Roziah Al Yahya




Read More...

Resepi puding Roti sos kastard lemak berkrim

Puding roti sos kastard lemak berkrim..

Bahan puding roti :
==============
10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
1 tin susu cair
3 biji telur
1sk esen vanila
5sb gula
Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)

~ blend smua bahan kecuali roti
~ sapu butter setiap keping roti dan loyang
~ susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi smua meresap.
~ taburkan buah2 kering tadi
~ kukus 30 mnit.

Sos kastard :
1 tin susu cair
1/2 cwn air
2sb tepung kastard
4 1/2sb gula

~ campur tepung kastard dlm air, kacau rata. Kemudian campur smua bhan masak ats api perlahan. Kcau2 ye smpai agk sedikit pekat. Siap

Credit : Nurul Shafira




Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com