Resepi Bomboloni Nutella

Resepi Bomboloni Nutella

Bahan:
- Tepung gandum/high protein (500gm) - pemilik resepi guna high protein
- Yis mauripan (11gm) - 1 paket
- Serbuk penaik (1/2 sudu teh/sudu kecil)
- Marjerin (1 sudu makan)
- Telur gred B (1 biji)
- Gula (3 sudu makan/sudu besar)
- Susu tepung (2 sudu makan/sudu besar)
- Sedikit garam
- Susu segar (1 cawan)
- Air biasa (1/2 cawan)

Cara penyediaan:
1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.

2. Kalau korang uli guna tangan, uli selama 15-20 minit. Jika menggunakan mixer, uli selama 10 minit.

Tips: Uli sampai dia jadi elastik. Tak terlalu lembik.

3. Rehatkan adunan selama 30 minit.

4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.

5. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana.

6. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat tu.

Tips: Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.

7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pula.

8. Akhir sekali, boleh letak inti (filling) Nutella.

No comments:

Post a Comment