Resepi cheesekut Cake

RESEPI CHEESEKUT CAKE

Bahan2:

250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket Biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
.
p/s:Susu segar beli kotak kecik pon dah cukup.
Saya beli besar sebab balance nak buat mushroom soup. Hee.

1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.

2)Lapik loyang dengan plastik.
Celup biskut dalam susu segar. Pastu susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup jap je taw. Kalau rendam lame nanti jadi lembik.
3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).

4)Ulang step yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang last.
5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.
6)Dah siap masuk dalam esbox belah bawah. Sedap makan time sejuk taw.

Tadaaaa. Ni lah hasil kejadian pas kuar dari esbox. 😍😍😍

Ready untuk makan. Ya Allah. Sedapnyeee! πŸ˜‹ πŸ˜‹ πŸ˜‹ Rugi taw kalau tak cuba. Hee. Selamat mencuba.

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com