Resepi Pulut kuning

RESEPI PULUT KUNING

Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dgn rendang and sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya da biasa buat..so saya just main campak2 je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak2 ye. Selamat mencuba.

Bahan2:
1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dlm 2 sdt garam ( agak2..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus

Cara :
1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.

2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.

3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.

4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UTK KALI KE2.

5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama x basi cepat.

6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.

7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.

Kredit Resepi : Roszana Ismail



Read More...

Resepi Biskut Florentine

RESEPI BISKUT FLORENTINE

BAHAN - BAHAN

500gm tepung florentine
500gm almond slice-bakar kejap 5m
200gm biji labu hijau-bakar kejap 5m
100gm kuaci putih-bakar kejap 5m
40gm bijan hitam / putih  - bakar kejap 5 minit

**Suhu bakar kekacang dlm 150c -160c

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campur semua dan gaul rata.

2. Masuk dalam bekas cup cake lebih mudah nk keluarkan.

3) Bakar suhu 150c ..guna api atas bawah selama 15m @ hingga perang .

4) Dah siap bakar tunggu agak sejuk,baru keluarkan.

5) Bila dah agak sejuk kita akan dengar bunyi kriuk - kriuk dan  masa itu dah boleh keluarkan, Jgn masa panas kerana biskut akan pecah.





Read More...

Resepi coklat velvet horlick moist cheese leleh

💗COKLAT VELVET HORLICK MOIST CHEESE LELEH 💗

Sukatan untuk 20-25 box

Bahan2 : A
1/2 cawan susu segar
1sb cuka masakan
1 sk emolco coklat
biarkan 10 minit..

5 biji telur
1 sb ovalate
1  1/2 cawan gula halus
1 sk esen vanila
1 sk emulco red velvet
Mix semua bahan diatas hingga kembang dan gebu.

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1sk soda bikarbonat
1 sk garam halus
1 sk baking powder
Kesemua bahna diayak bersama. Ketepikan.

1 cawan majerin cair
1/2 cawan susu segar + cuka td(A)
Masukkan bahan ini ke dalam mixer, mix perlahan.
Matikan mixer dan masukkan tepung  kacau lagi dan masukkan 1/2 cawan air panas kacau lagi bagi sebati.
Masukkan ke dalam acuan sebanyak 1/4
Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit guna api besar.
Jangan lupa tutup permukaan dengan wrapping plastic.

TOPPING
500 gm cream cheese jenama tartura
1/2 tin susu pekat 1cawan
1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
blender hingga sebati.
Tuangkan atas kek cucuk2 pakai garfu
ayak kan horlicks atas kek kemudian
Parut cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek
simpan di dalam freezer beku


Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com