Resepi coklat velvet horlick moist cheese leleh

πŸ’—COKLAT VELVET HORLICK MOIST CHEESE LELEH πŸ’—

Sukatan untuk 20-25 box

Bahan2 : A
1/2 cawan susu segar
1sb cuka masakan
1 sk emolco coklat
biarkan 10 minit..

5 biji telur
1 sb ovalate
1  1/2 cawan gula halus
1 sk esen vanila
1 sk emulco red velvet
Mix semua bahan diatas hingga kembang dan gebu.

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1sk soda bikarbonat
1 sk garam halus
1 sk baking powder
Kesemua bahna diayak bersama. Ketepikan.

1 cawan majerin cair
1/2 cawan susu segar + cuka td(A)
Masukkan bahan ini ke dalam mixer, mix perlahan.
Matikan mixer dan masukkan tepung  kacau lagi dan masukkan 1/2 cawan air panas kacau lagi bagi sebati.
Masukkan ke dalam acuan sebanyak 1/4
Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit guna api besar.
Jangan lupa tutup permukaan dengan wrapping plastic.

TOPPING
500 gm cream cheese jenama tartura
1/2 tin susu pekat 1cawan
1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
blender hingga sebati.
Tuangkan atas kek cucuk2 pakai garfu
ayak kan horlicks atas kek kemudian
Parut cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek
simpan di dalam freezer beku


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com