Cara buat sardin gulung

Sardin Gulung

Bahan Inti :
1 tin sardin - brand ikut citarasa masing2
Bawang merah secukupnya - potong dadu/mayang halus
Garam
Gula
Jus limau secukupnya
Air masak secukupnya

Caranya:
Tumis bawang merah sampai naik bau dan kekuningan.
Masukkan sardin dan kacau kejap.
Masukkan sedikit garam, gula ,jus limau.
Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering , masak dengan api yang perlahan.

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/butter
Sedikit garam
Air sejuk dari peti ais

Caranya:
Gaul garam dengan tepung gandum.
Kemudian, masukkan marjerin dan gaul rata dengan tangan sehingga menjadi doh.
Masukkan air sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat pada tangan, pastikan jangan terlalu lembik atau keras.
Tutup dengan kain bersih.Rehatkan doh dalam 15 minit.
Canaikan doh dan masukkan inti.
Langkah seterusnya boleh rujuk pada gambar yang disediakan.

* 1 adunan doh boleh dapat dlm 16-17 biji sardin roll

Sumber : Fb Aneka Resepi Kuih Muih





Read More...

Resepi Roti John Homemade

RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.

2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.

3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.

4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.

5. Bila dah masak, angkat.

6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.



Read More...

Resepi Daging Merah Thai

RESEPI DAGING MERAH THAI

1kg daging
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam

Cara-cara:
- Rebus bahan diatas sehingga empuk(simpan air rebusan daging untuk kuah)
- Hiris nipis dan goreng sedikit garing..
- Angkat dan toskan

Bahan sos:
3 ulas bawang putih diketuk
10 biji cili padi diketuk
2 senduk cili kering blender
*2 sb sos tiram
*2 sb sos tomato
*1 sb sos cili
*Sedikit sos ikan
*Sedikit gula

Bahan Lain:
1 Pokok Daun Ketumbar di hiris kasar
1 Biji Bawang Holland

Cara-cara:
- Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi..
- Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak
- Masukkan semua bahan * dan kacau sehingga memekat sedikit..Masukkan daging dan cili padi..Gaul sebati..
-Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah ini sedikit berkuah
- Last tabur bawang holland dan daun ketumbar..

Kredit: RASA resepi
Read More...

Jom buat kek keju guna tiga bahan je

KEK KEJU TIGA BAHAN

Bahan-bahan:
120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Caranya:
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

4. Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.

Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.

Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.

Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?

Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Ain Ridzwan



Read More...

Cara buat biskut bangkit santan

KUIH BANGKIT SANTAN
.
Bahan-bahan (hidangan untuk 50 biji):
.
450 gm tepung ubi kayu
50 gm tepung gandum (digoreng bersama daun pandan sehingga garing)
200 gm gula aising
250 ml santan
3 biji kuning telur
2 helai daun pandan
.
Cara-cara:
.
1. Goreng tepung gandum, tepung ubi kayu dan daun pandan di dalam kuali hingga terasa ringan. Kemudian sejukkan sebentar dan ayak. Ketepikan sebentar
2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama gula aising sehingga kembang. Masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga pekat. Jika adunan lembut tambahkan sedikit gandum atau jika adunan kering tambahkan sedikit santan. Dapatkan doh yang tidak lekat di tangan.
4. Canai dan terapkan dgn acuan. Setelah itu, bakar dgn suhu 170 darjah celcius lebih kurang 30 minit
5. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah.
.
Kredit: iCookAsia

Read More...

Cara buat resepi puding jagung cincau

RESEPI PUDING JAGUNG CINCAU

Bahan-Bahannya :-
12 gram agar2 tali
3 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar bes berperisa jagung
Sedikit cincau
Sedikit gula batu (klau x letak pun boleh)
Secubit garam

Cara Menyediakannya :-
1. Blender jagung krim dgn 1/2 cwn air. Ketepikan.
2. Potong cincau kecil2. Ketepikan.
3. Bersihkan agar2 tali. Masak agar2 dgn 3 cwn air hingga semua agar2 larut.

4. Masukkan gula pasir & gula batu. Kacau hingga gula pasir & gula batu larut.
5. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yg tlh diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yg tlh dipotong kecil td. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar2 ke dlm loyang/acuan td.

7. Agak2 dlm 10 - 15 minit, letak lg sedikit cincau. Tekan2 sedikit cincau ke dlm agar2. Agak2 10 - 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar2 sehingga habis. Tekan2 sikit supaya cincau tenggelam ke dlm agar2. Sejukkan.
8. Apabila Puding tlh sejuk, simpan di dlm peti sejuk selama lbh krg 3 jam.

9. Keluarkan loyang/acuan td dr peti sejuk. Cuba2 keluarkan Puding dr loyang/acuan.
10. Potong ikut suka. Sedia utk dihidangkan.

Catatan :
Sukatan bahan-bahan bergantung kpd selera atau citarasa masing2.

Klau x suka jagung, boleh tukar kpd sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.

Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.

Kredit hamidah ha


Read More...

Cara buat kerepek carrot

Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak-mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek 😁

Resepi senang ya amat.
Sihat pula tu.

Guna 3 bahan saja;

“Resepi Carrot Chips Mudah”

1. Carrot - ikut suka banyak mana
2. Olive oil
3. Garam sedikit sahaja
Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja

Caranya  basuh bersih carrot.
Bolehlah peel carrot dengan agak tebal.
Cuba elakkan dari terputus-putus
Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil

Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing bole munch munch macam potato chip.

Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.

Selamat mencuba😊

Credit: Noraliza Alwi❤️




Read More...

Cara buat ayam masak merah power

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan yang perlu disediakan.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

     Ayam - sebelah
*   Cili kering - 1 genggam @ 20 tangkai 
*   Bawang besar - 4 biji
*   Halia - 1 inci
*   Lengkuas - 1 inci
    Serai - 1 batang ( di titik )
    Kerisik - 2 sudu
    Santan - RM2 ( 100 g kot 🤣 )
    3 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh )
    Minyak masak
    Garam 
    Gula ( 4 @ 5 sudu )
    Penambah perasa

Cili kering perlu direbus dulu ye.
Bahan yang bertanda * perlu di blender.

Cara cara penyediaan:
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

1. Ambil ayam gaul bersama kunyit dan garam kemudian goreng separuh masak.

2. Ambil minyak masak yang goreng ayam tadi separuh ja. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi.

3. Masukkan 3 sekawan, serai, kerisik dan santan. Masak sampai sambal kering ye.

4. Bila dah kering, boleh masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi bersama garam, gula dan penambah perasa.

Tadaaaaa siap dah ❤️

Kredit to: Solehah Johari.
Read More...

Cara buat Karipap

Karipap Kentang Sempoi Yakmat

Bahan kulit karipap:
250 gm butter
400 gm tepung
secubit garam halus
1 sudu teh gula aising/halus
sedikit air sejuk

Caranya mudah je:

1. Mula-mula korang gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.

2. Masukkan butter. Butter ini pastikan dalam keadaan sejuk baru korang keluar dari peti ais. Kendian potong kiub kecil².

(Kalau macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.)

3. Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.

4. Tambahkan sedikit² air sejuk. Masukkan air sejuk tu sedikit dulu kalau adunan dah boleh lembut dan mudah di bentuk dah tak payah letak air sejuk lagi.

5. Kalau masih berderai tambahkan lagi sedikit dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.

6. Rehatkan kejap 15 minit lepastu bentukkan suka hati korang, nak buat bentuk D ke, bentuk bulat ke, love ke, ikutlah korang.

Bahan inti:
5 biji kentang/ ubi keledek oren (potong dadu)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong dadu)
4 sudu besar serbuk kari
2 genggam udang kering (rendam sekejap)
1 genggam ikan bilis
sedikit gula dan garam
½ kiub pati ikan bilis (opsyenel)

Cara buat inti:

1. Kisarkan udang kering bersama ikan bilis.

2. Tumiskan bawang semua.

3. Masukkan udang dan ikan bilis kisar.

4. Masukkan serbuk kari. Gaul hingga naik bau.

5. Masukkan kentang dan sedikit air. Gaul hingga mendidih.

6. Perisakan dan gaul hingga kentang empuk. Siap!

*Boleh refer gambar untuk beberapa tips.

Ingin resipi yang sempoi lagi ikuti

kredit:  Nurhayati Abd Malek.












Read More...

Resepi Pulut seri Muka

Pulut Seri Muka

Bahagian bawah..
1. 3 cawan pulut
2. 2 cawan santan
3. Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dlm talam selama 25minit) then angkat penyek2 bg padat

Bahagian atas..
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan)
5. 1 sudu besar tepung jagung
6. 1 biji telur
7. Secubit garam
Masukkn semua bahan2 blend bg adunan halus..kemudian masukkn kedlm pulut yg tlh dpadatkan..kukus 30 minit..siap, sis bleh guna cawan pape asalkn sukatan guna cawan yg sama..biasa sy buat agak2 je

Kredit Resepi :suisan SuiSan Aliezsha



Read More...

Kemaruk Promo KFC 20.02, Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang

Benda nilah yang membuatkan rakyat Malaysia beratur.

Kfc yang 20 dapat 2 tu. Tengok jer lah punya beratur Panjang.

Hai pembaca blog pakcu, lama gak tak menulis, bukan sebab tak ada idea tapi kena virus. Bukan virus cobit-19 tu, tapi ni lebih parah kot dari cobit-19 tu. Virus tu nama dia M. M-las. Sambung sendiri anakku..

Story hari ni bukan nak cerita pasal tempat makan Makan yang best2, tapi tempias Promo 20.02.2020. Biasalah taukey2 mengaut keuntungan pada tarikh2 yang cantik tuu.

KFC dulu kini dah selamanya. Puihhhhh, tak tulis pun orang dah tau

Beraturlah wahai golongan B40 kemaruk nak kejar Promo 20.02. Sampai ke tangga ko jahhhh!!


Tarikh cantik jer, buat promo bagai, yang aku ni asyik termakan pujuk mereka je, akibatnya tengok dahh beratur  panjang macam keretaapi!!!. Tapi nak dapat 20 untuk 2 snak plate punya pasal, lantak lah.

Semua Outlet KFC dah kena serbu lahh!!

Pakcu pergi kat KFC outlet Ss15 Subang, sebab dekat dengan rumah. Tengok dari jauh cantik gak nampak KFC ni kannn.


Pakcu dah pergi dekat 3 outlet lah, mula2 ke  KFC Sea park Petaling Jaya baru teringat time ke situ dulu ayam drumsticknya macam ranting kayu, kedekut nak mampos. Lepas tu tukar haluan lak ke KFC Sunway Bussines Park yang kat area mentari court tu, area kawasan gelappp time malam2, bukan tak der lampu tapi sebab kawsan hitamm terkenal dengan aktivitiinya, ehhh kat sini Malas nak que sebab tak de parking lahh weiyehhh.  Dan lastnya landing kat KFC SS15   subang jugak, sebabnya dekat kat rumahh, hari pun dah terikkk malas nak fikir2 lagi sebb Tengok gaya sama jer. Rakyat malaysia dah kemaruk Promo 20. Oleh KFC. Kena beratur panjanggg gilerr weiyehhhh.

Sabar jer lahh. Tunggu 2 jam je pun

Tak kisah lah asal matlamat tercapai. Ko mampu ke!!

Next promo macam ni lah, Harga sebenar snak plate RM 14.50. Sekrg cuma hanya RM 20 dapat 2 box


Nak ikutkan selalu je makan KFC ni, #dulodulo nampak  biasa lah tak der yang sepecial pada snak plate tu kanss, dapat 2 ketul ayam 1 bun, 1 coslow 1 mash potato. Tapi..Tapi..Tapi..sabar je lah sebab Harga yang rendah, Dah nama promo untuk 20.02.2020. Jadi lah terujaa sangatt dan Nampaknya kami2 yang datang ni memang terlebih eksited dengan harga Bukan sebab AYAM atau produk kannns. Kehkehkeh. Sabo jer lahh.

Ehh kenapa Ramai yang tak sanggup nak tunggu tu!

KFC snak plate lah bukan special sangat pon.

Ehmmm tulah dah cakap berulang2 bukan sebab ayam goreng ni, tapi Pakcu terpengaruh sebab Harga. Please lah nak dibandingkan ayam goreng dengan fastfood restoran satu lagi tu, rasanya yang tu lahh win.  Khakhakaha, sorry KFC. Bukan menyampahh tapi sahaja nk kata, Ayam ko ni kecikk + kuraengg ummphhhh dah, nak cari KFC yang time dulo2 lah, ala time ada kids fun club tu. Yang selalu buat promo time cite kartun sabtu ahad. Time tu gila weyehhhh sapa makan KFC mmg loaded. Kehkehkeh sekrang ni potato loaded jer koo.

Okay lah Pakcu makan KFC ni time promo2 jer, tu yang nk disimpulkan, singgah sini sebab nk share berita kat blog ni, sebab lama dah weyehhh berkarat. Tadi dapat 2, tu pon makan satu jer, yang satu simpan tepi.

Korang yang betul2 sayang kt KFC teruskann lahh.

suasana di kaunter KFC SSS15 Subang

Kelam kabut nampak akak kita ni, maklumlah que nya panjang weiyehhh

Tengok kat dapurnya tu, bersusun kotak, seorang boleh redeem 3 jer. Jadi 6  box lah.

Memang dah macam lipass kudung .

Nilah hasilnya untuk pengorbanan berdiri 2 jam semata2 untuk ini



Read More...

KFC 20.02 TWO SNACK PLATE COMBOS FOR RM20 CAMPAIGN 2020 TERMS AND CONDITIONS


  1. KFC 20.02 TWO Snack Plate Combos for RM20 Campaign 2020 (“Campaign”) is organised by QSR Stores Sdn Bhd (“Organizer) and will run on 20 February, 2020; 1 day (“Campaign Period”).
  2. The Organizer reserves the right to shorten or extend the Campaign Period at its own discretion without prior notice.
  3. Participants must be Malaysian residents aged eighteen (18) and above, participants under the age of eighteen (18) are required to obtain parental consent prior to participation in the Campaign (“Eligible Participants”).
  4. Employees or immediate family members & relatives of the Organizer, its affiliates, subsidiaries, advertising/public relation agencies and suppliers are NOT eligible to participate in the Campaign.
  5. Entry and participation in this Campaign shall be deemed an unconditional acceptance by the Eligible Participants. Therefore, the Eligible Participants have to strictly adhere to all the Terms and Conditions.
  6. Campaign Mechanics:
    • Eligible Participants must present a screenshot of the Campaign advertisement https://www.facebook.com/KFCMalaysia/from the KFC Malaysia Official Facebook page to the cashier before ordering the TWO Snack Plate Combo (“Campaign Advertisement”) (depending on the stock availability in each of the KFC Restaurants).
    • Valid for in-store redemption at participating KFC restaurants only. Not applicable for KFC Delivery, Self Collect, or Call Centre orders.
    • Not applicable for KFC Restaurants at Airports, Genting Highlands, and Mall of Medini.
    • Valid only on 20 February 2020 from 10am – 10pm.
    • Limited to three (3) times redemption per customer, per transaction.
    • Price is inclusive of 6% Service Tax where applicable.
    • Promotional item and configuration may vary by location.
    • Not valid with other promotions, offers, vouchers and discounts.
  7. The Organizer reserves the right to disqualify, at its sole and absolute discretion, any Eligible Participants and/or revoke or forfeit any Campaign Advertisement at any stage of the Campaign:- a) the participants is not an Eligible Participants; b) entries are incomplete and/or failure to fulfil all or any of the Terms and Conditions stipulated herein; c) breach of any of the Terms and Conditions or other rules and regulations of the Campaign or violates any applicable laws or regulations d) if the Organizer has, at its sole discretion, any reason whatsoever to believe that such Eligible Participants has attempted to undermine the operation of the Campaign in any way whatsoever, including but not limited to fraud, cheating, tempering or deception.
  8. The Organizer reserves the right to substitute any one of the Campaign Advertisement with items of equivalent value at any time without prior notice. All Campaign Advertisement are not transferable, non-refundable and non-exchangeable.
  9. Upon notification to the Eligible Participants, Campaign Advertisement must be redeemed in accordance, within a stipulated time period, with the mode specified or to be specified by the Organizer, at its sole and absolute discretion. Failure to adhere to the mode of redemption and within the stipulated time period will result in forfeiture of Campaign Advertisement and the Eligible Participants shall have no claim whatsoever against the Organizer, its affiliates, subsidiaries, employees, representatives, retailers, distributors, dealers as well as its advertising, creative, media, digital, design and other creative agencies of the Organizer, in the event of forfeiture thereof.
  10. The Organizer shall not be liable for any disruption to the Campaign, whether due to technical problems or otherwise, but not limited to computer virus, bugs, tampering, unauthorized intervention, fraud, technical failures or any other causes beyond the control of the Organizer which is beyond its reasonable control. In the event of disruption to the Campaign, reasonable efforts shall be used to remedy the disruption and resume the Campaign on a fair and equitable basis to the Eligible Participants.
  11. All Eligible Participants are fully responsible for any injuries, damages or claims resulting from their participation in this Campaign.
  12. By participating in the Campaign, accepting Campaign Advertisement, the Eligible Participants agree to indemnify the Organizer, all its business partners, its subsidiaries, affiliated companies and/or agencies, together with their respective directors, employees representatives, retailers, distributors, dealers as well as its advertising, creative, media, digital, design and other creative agencies of the Organizer and any other participating sponsors related to this Campaign, from any claim, prosecution, judgment, damage, loss or liability which all Eligible Participants may have or suffer, whether known or unknown at the present time, of any nature whatsoever, arising out of or relating to:
    • the Campaign,
    • personal injury and/or property damage, theft or loss suffered by the Eligible Participants as a result of their participation in the Campaign.
    • the use of Eligible Participants name(s), likeness, biography, voice(s) or videotape recordings of the Participants by the Organizer or otherwise in connection with or related to the Campaign referred to herein pursuant to the permission hereby granted.
  13. All costs, fees, and/or related expenses incurred or to be incurred by the Eligible Participants in relation to the Campaign, are the sole responsibility of the Eligible Participants.
  14. All rights and privileges herein granted to the Organizer are irrevocable and not subjected to rescission, restraint or injunction under any and all circumstances. Under no circumstances shall the Eligible Participants have the right to injunctive relief or to restrain or otherwise interfere with the organization of the campaign, the production, distribution, exhibition and/or exploitation of the Campaign and/or any product based on and/or derived from the Campaign and participation in this Campaign constitutes an irrevocable permission for the Organizer to use the Eligible Participants’ names and photographs for purposes of publicity and advertisement without any compensation, royalty or need for prior notification to the Eligible Participants.
  15. All personal data collected will only be used for the purposes of managing and operating the Campaign and not for any other purposes and the Organizer shall manage the personal data according to the Organizer’s Privacy Policy and to the Personal Data Protection Act 2010.
  16. All entry instructions and any other specific details relating to the Campaign or the Campaign vouchers not specified herein shall form part of these Terms and Conditions.
  17. The Organizer reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to any of these Terms and Conditions without any prior notice and Eligible Participants shall be bound by such changes.
  18. The Organizer reserves the right to cancel, terminate or suspend the Campaign without any prior notice. For the avoidance of doubt, any cancellation, termination or suspension of the Campaign by the Organizer shall not entitle the Eligible Participants to any claim or compensation against the Organizer, its agents and employees for any and all losses or damages suffered or incurred by the Eligible Participants as a direct or an indirect result of the act of cancellation, termination or suspension thereof.
  19. The Organizer reserves the absolute right to review and vary any of the Terms and Conditions contained herein at any time without prior notice.
  20. The Organizer’s decisions are final and there shall be no appeal entertained and/or allowed. All Eligible Participants shall not resort to court proceedings to review the Organizer’s decisions. In the event of any dispute, conflict, uncertainty or ambiguity relating to the terms and conditions herein stated, or any matter involving this Campaign, Organizer will resolve the matter in its absolute and unfettered discretion and the entire decision in the matter by the Organizer shall be conclusive and final.
  21. By participating in the Campaign, the Eligible Participants agree at all times to be bound by these Terms and Conditions.
  22. The main language of the Terms and Conditions shall be the English language. Any translation to any other language than English shall be for convenience only.
  23. These Terms & Conditions shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and Eligible Participants agree to submit to the jurisdiction of the Courts of Malaysia.
  24. For further enquiries, please contact us at 1300-222-888 from 10am to 5pm (Monday – Friday, excluding public holidays).
Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com