Cara buat biskut bangkit santan

KUIH BANGKIT SANTAN
.
Bahan-bahan (hidangan untuk 50 biji):
.
450 gm tepung ubi kayu
50 gm tepung gandum (digoreng bersama daun pandan sehingga garing)
200 gm gula aising
250 ml santan
3 biji kuning telur
2 helai daun pandan
.
Cara-cara:
.
1. Goreng tepung gandum, tepung ubi kayu dan daun pandan di dalam kuali hingga terasa ringan. Kemudian sejukkan sebentar dan ayak. Ketepikan sebentar
2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama gula aising sehingga kembang. Masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga pekat. Jika adunan lembut tambahkan sedikit gandum atau jika adunan kering tambahkan sedikit santan. Dapatkan doh yang tidak lekat di tangan.
4. Canai dan terapkan dgn acuan. Setelah itu, bakar dgn suhu 170 darjah celcius lebih kurang 30 minit
5. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah.
.
Kredit: iCookAsia

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com