Cara buat kerepek carrot

Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak-mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek 😁

Resepi senang ya amat.
Sihat pula tu.

Guna 3 bahan saja;

“Resepi Carrot Chips Mudah”

1. Carrot - ikut suka banyak mana
2. Olive oil
3. Garam sedikit sahaja
Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja

Caranya  basuh bersih carrot.
Bolehlah peel carrot dengan agak tebal.
Cuba elakkan dari terputus-putus
Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil

Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing bole munch munch macam potato chip.

Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.

Selamat mencuba😊

Credit: Noraliza Alwi❤️




2 comments:

aienienka said...

senang jugak resepi dia. Nak try la. ^^

Unknown said...

Tak boleh goreng ke mcm buat kerepek pisang..?

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com