Kek lapis nutella premium.
Resepi:
10 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)
1/2 tin krimer manis (resepi asal 1 tin)
250g pure butter (saya guna anchor)
1 cawan susu tepung
1 setengah cawan tepung
5 sudu besar nutella untuk campur dalam batter dan nutella secukupnya untuk paip atas kek.
1 sk esen vanilla
1 sk serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara membuat:
1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul2 kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.
2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.
3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Mix hingga sebati.
4. Masukkan kuning telur dan mix kan sebati. Kemudian masukkan susu tepung.
5. Sambil mixer on masukkan tepung sedikit demi sedikit
6. Seterusnya masukkan nutella, esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.
7. Panaskan oven 150° api atas bawah dan griskan loyang.
8. Sedia untuk dibakar. Masukkan lapisan pertama ke dalam loyang. Bakar selama 10-15 min (bergantung pada oven masing2). Kemudian masukkan layer ke2, paipkan nutella dan bakar api atas sahaja 100° selama +-10 min. Ulang step sama hingga habis.
P/s: gunakan api atas bawah untuk layer pertama sahaja. Layer ke2 dan seterusnya gunakan api atas.
kredit: salwa adam
No comments:
Post a Comment