Resepi Apam Polkadot
Tips resepi apam polkadot yang cantik :
1 – Untuk elakkan angin dalam tepung, setiap kali masukkan adunan apam polkadot dalam piping bag, pastikan kacau tepung. Untuk elak bantat.
2 – Untuk kali pertama kukus bagi adunan anda, jangan kukus banyak. Kukus 3-4 biji dahulu. Tengok kalau ada apam yang berlubang, itu tanda tak cukup tepung. Masukkan sedikit tepung lagi dalam bancuhan apam. Insyaallah apam akan hilang lubangnya.
3 – Untuk elakkan apam merekah pula, ingat. Kukus dengan api sederhana sahaja dan setiap 5 minit buka penutup apam. Ini untuk keluarkan udara panas. Lepastu tutup semula.
4 – Penting untuk anda balut penutup pengukus. Sama ada guna pengukus tradisional atau pengukus trio elektrik. Balut dengan kain tuala.
Terima kasih kepada Puan Anizawati Harun di atas resepi apam polkadot ini. Semoga murah rezeki puan sekeluarga.
Barulah cantik resepi apam polkadot yang ni. Penuh dengan tips untuk elak berlubang, elak bantat. Cantik elok hasilnya. buat makan pagi atau minum petang best.
Bahan Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan :
Bahan A :
3 biji telur ayam gred A dari peti ais
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu makan membukit ovelate
1/2 sudu makan esen vanila
Bahan B :
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
Untuk sukatan cawan, boleh gunakan apa-apa cawan yang sama atau cawan metrik 250ml.
Cara Buat Resepi Apam Polkadot Mini :
#1: Campurkan Bahan B dan ayak 2-3 kali supaya rata. Ketepikan.
Bahan A dimasukkan dalam bekas pengisar. Guna kelajuan paling tinggi dan kacau hingga adunan mula bertanduk.
Barulah masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk tangan sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk adan letak warna. Terpulang.
#2: Sementara tu tadi, panaskan pengukus dengan api sederhana besar untuk didihakan air.
Tepung yang siap diwarnakan dikacau sebelum masuk ke dalam piping bag. Piping masuk ke dalam acuan separuh, boleh letak inti pilihan atau tak nak pun takpe. Lepas tu piping lagi sampai 3/4 acuan.
Barulah cantik resepi apam polkadot yang ni. Penuh dengan tips untuk elak berlubang, elak bantat. Cantik elok hasilnya. buat makan pagi atau minum petang best.
Barulah piping tepung bewarna untuk dot dot atau anda nak lukis apa-apa yang menarik di atasnya.
Bila aih dah mendidih, boleh kukus apam selama 9-10 minit. Setiap 5 minit buka penutup ya. Dah siap dah resepi apam polkadot dot dot ni. Boleh la anda cuba nanti ea.
Sama ada nak buat makan untuk ahli keluarga ataupun dijual cari pendapatan tambahan.
No comments:
Post a Comment