Resepi kuah kacang mudah dan ringkas

Kuah kacang nasi impit..

Kuah kacang simple
Blend
3 btg serai
2 inchi halia
2 biji bawang merah(besar)
Segenggam cili kering

Tumis sampai pecah minyak

Masukkan 2 sudu asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt)

Masukkan kacang 2 cawan.. kalau x pekat.. tambah lagi..

Masukkan gula melaka dan garam ikut suka hati..

Pecah minyak sekali lg..

Siapppppp

Nasi impit rebus sblm tido lg sng.. kuah kacang buat awl x apa.. makin lama panas kann makin sedap .

Ada suka masuk udang kering.. terpulang..

Kalau kuah pekat sangat masukkan air k..selamat mencuba

kredit: abdul razak abd rahim






Read More...

Resepi Asli Ikan Patin Masak tempoyak ala2 resepi mamasab bakery

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang

Bahan-Bahan
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula

Cara Memasak

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap

- Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.

- Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.

- Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.
.
Selamat mencuba uolss!

Kredit: Dapur LAZZ


Read More...

Resepi karipap Sardin Rangup sempena perintah kawalan pergerakan #pkp

Karipap Sardin Ranggup Jiran sebelah Mintak sikit Paling Virall🀀 #resepimudah

#RotiKaripapSardinRanggup
RESEPI..
Roti putih..x kira la jenama apa pon ya

BAHAN untuk inti..
Sardin tin..
Bawang besar..hiris dadu
Cabai kecik..hiris..
Cabai blend..
Skit garam..

CARAnya..
Tumis cabai blend sampai kering pastu tuang sardin..pecah2kan pastu boh bawang cabai kecik n garam..siap..boleh la kita klim roti dlm acuan karipap..yg tetera seperti ddalam gambar..masa nak klim tu keliling dia klu boleh sapu dgn tepung skit na..masa goreng nant x la tebukak..satu lg nak gtau ni..klu kita dah klim klu boleh cepat2 goreng na..sbb roti mudah masuk angin..nant dia keras..

BAHAN tuk bancuhan tepung..
3sb tepung beras..
3sb tepung jagung..
1sk baking..
Skit garam..
Air untuk bancuhan..
CARAnya..satukan semua bahan..bancuh dgn air..jgn telalu cair..dan jgn telalu pekat..bila dah siap boleh la kita goreng roti sardin kita ya akak2 semua..api jgn telalu kuat..

Kredit Resepi : masni bahari




Read More...

KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTI SARDIN Mudah untuk disediakan

#covit19 #pkp #resepimudah

KARIPAP ROTI GARDENIA BERINTI SARDIN

-Terpulang Kepada Inti Masing2-
-Digoreng / Dimakan Begitu Saja-

-Roti gardenia (dicanai nipis)

Untuk Inti
-Sardin
-Daun sup
-Daun bawang
-Cili padi / cili besar
-Garam sikit
-Carrot
(Boleh ditambah dengan sayur kegemaran masing2)
(Campur semua dan dimasak(tak masak pun tape)(ikut masing)

-Dah Siap Semua ,,Boleh La Digoreng / Dimakan Begitu Sahaja .

#gune acuan karipap je !










Read More...

Karipap Roti Sedap dan Sempoi Guna roti gardenia jer

Karipap Roti Sedap dan Sempoi

sumber:Canteq.blogspot

Bahan-Bahan :
1. Roti gardenia (berapa keping korang nak)

2. Inti (resepi ni guna inti karipap)

3. Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)

4. Air *sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam
Cara-caranya:

1. Mula2 kita prepare kulit nya dulu

Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim

lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge'gam' kan dia

2. Then letak inti kat tengah2 roti tadi

Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.

3. Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.

Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.

So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.

4. Peh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.

5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap






Read More...

Jom buat Honey Butter Biscuits ala2 texas chicken

Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken.

Resepi:
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)
butter yang sejuk (115gm)

*gaul semua bahan sampai jadi bread crumbs*

masukan 140gm fresh milk & cuka 2 sudu kecil (campurkan dulu sblm masukkan dlm tepung)

masuk di loyang hanya pakai sudu/scop atau bentukkan ikot suke.

Bakar suhu 180'c / 15min

Lepas masak, topping atas sapukan butter & honey masa panas2 yaa. Cara sye, sye bakar 5min kejap guna api atas. Lepas bakar api atas, sapukan butter atas dia. Bagi nmpk berkilat. Boleh refer setiap gambar ye.

Cubalah ye 😊

kredit: nurul zatul iffah







Read More...

Kek milo kukus guna 3 bahan jer

Kek Milo Kukus..
Tak sampai sejam.. SIAP!
.
Sedap juga ye... Kalau anak duk ulang alik ambik. Tu tandanya sedap la kan.. 🀣
.
Resepi :
πŸ‘‰ 2 Cawan Milo (agak2 je)
πŸ‘‰ 2 Sudu susu Pekat
πŸ‘‰ 4 Biji telur. (kuning Putih saya guna)
.
Masukkan semua dalam Mesin Pengisar. Mesin bagi mix semua.
(tak perlu air, putih telur dah bantu milo tu mix).
Masukkan dalam bekas & Kukus 30 minit... Siap!
.
Ni 1st time buat. Bau macam kuih Kole Minyak. yang hitam atas ada taburan tu. Klu X silap namanya la.. πŸ˜…
.
(Resepi asal ada letak Esen Vanilla. Tapi fiza tak letak. Sebab tak ada. Guna apa yang ada je. Hihihi)
.
#donemakleadermasak









Read More...

Resepi karipap rangup mudah dan ringkas

Karipap rangup

BAHAN BANCUHAN TEPUNG

1/2 kilo tepung gandum (lebih kurang 3½ cawan)
1/2 cawan minyak masak
2 Sb tepung jagung
2 Sb tepung beras
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sk garam
.
.
BAHAN INTI

4 biji kentang (potong dadu kecil)
Sedikit ayam/daging ( cincang )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 Sb rempah kari daging
1 Sk jintan manis
1Sk serbuk ketumbar
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa. 
.
.
Cara memasak kulit karipap:

1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung.
2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.
4. Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut. 
5. Nipiskan doh (jgn terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap .
6. Goreng dengan api perlahan.
.
.
(Cara Membuat Inti)

1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah dan daun kari.  Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging,  dan diikuti dgn kentang.  Perasakan dgn garam dan gula sedikit.  Boleh perasakan dgn kiub pati ayam. 
3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut.  (Inti jgn terlalu berminyak dan berair,  biar betul2 kering). 
.
.
.
*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.

* dalam gambar ni sebelum goreng tau

kredit: fadila sofia
Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com