Cara buat sagu longan

SAGU LONGAN

BAHAN

250 gm sagu
500 ml air
150 gm gula pasir/gula melaka
Daun pandan
Buah longan secukupnya

BAHAN SANTAN:
250 ml santan
½ sdt garam

CARA:

1. Cuci sagu sebentar dan tapis.
2. Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, tuang sagu masak terus sambil dikacau hingga pekat dan mendidih. Angkat.
3. Masak semua bahan santan sambil dikacau agar santan tidak pecah, mendidih. Angkat.
4. Sajikan sagu dengan sos santan dan buah longan .
5. Tambah gula melaka jika suka.

KREDIT: NORAZILA SAIM

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com