Kek Oreo Kukus Viral, Bajet Tak Sampai RM10

Hanya guna 2 bahan sahaja

1. Dua paket Oreo panjang
2. Sekotak susu coklat saiz kecil

Cara membuatnya:

1. Masukkan susu bersama oreo didalam pengisar. Pastikan pengisar adna bebas dari bau bawang dan lada.

2. Kisar sehingga hancur. Seperti di dalam gambar

3. Isi adunan dalam bekas apa-apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang melekat pada garfu, bermakna kek oreo anda belum masak. Kukus lagi.

3. Ini selepas siap kukus, nampak moist. Biarkan kek sejuk terlebih dahulu.

4. Akhir sekali boleh tuang topping apa-apa pun, tak letak topping pun tak apa. Sedap!

5. Dah siap kek oreo dua bahan, yang topping tu saya double boil chocolate.

Selamat mencuba!






No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com