Resepi Brownies Mamasab

RESEPI MUDAH BROWNIES KEDUT

Bahan-bahan:
400gm coklat masakan.(guna dark berryl's).
150gm buttercup block.
100gm tepung naik sendiri.(bluekey).
100gm gula perang @ gula castor.
1 sudu kecil esen vanila.
4 biji telur gred A.

Cara:

1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk.Tips untuk dapatkan kedut.(A)

2. Pukul telur bersama  gula perang, esen vanila.(B)=pukul sederhana hingga sebati sahaja.

3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri.(C)

4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A)dan (B). Gaul rata.

5. Alas acuan 10'x10' dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.

6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.

7.Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.

=kalau nak lebih umphh fudge taruhkan coklat masakan@compaund potong2 ke dalam bahan brownies tHashim

Kredit : Saripah Hashim

No comments:

Post a Comment