Resepi kek keladi Chesee viral





Resepi Kek Keladi Chese πŸ˜‹πŸ˜‹
Bahan-bahan :
*250 gram vanilla sponge mix (tepung optima)
*4 biji telur gred B
*Air masak
*75 gram mentega yang telah dicairkan
Cara-Cara Pembuatan Kek :
Campurkan telur, air dan vanilla sponge mix, pukul hingga gebu dan bertanduk.
Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sedikit.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama. Tuang 1 adunan ke dalam loyang 8" yang telah disapu dengan mentega dan dilapik dengan baking paper.
Bakar dengan suhu 170 C selama 12 minit dengan api atas bawah.(bergantung pada jenama oven masing2).
Ulangi untuk adunan 2 dan 3. Gunakan loyang yang sama saiz. Saya guna 3 loyang yang sama saiz.
Kek yang telah masak dibiarkan sejuk. Buang permukaan atasnya( supaya kek betul2 melekat antara 1 lapis dengan lapis yang lain). Simpan kek di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
KRIM KELADI:
500 gram keladi
200 gram keledek ungu
100 gram gula biasa
50 gram santan serbuk
700 ml air(bahagi 2-350ml utk didihkan agar2 dan 350ml lagi utk kisar keladi, tepung2 dll)
50 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
10 gram agar2 tali
2 sudu teh garam(utk rebus keladi)
Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara :
Kupas keladi & keledek ungu. Potong kecil2. Masukkan garam dan air & rebus hingga empuk.
Didihkan 350 ml air dan masakkan agar2 sehingga hancur. Ketepikan.
Kisar gula, tepung gandum, tepung jagung, santan serbuk dengan 350ml air hingga sebati.
Masukkan keladi, keledek dan agar2 & kisar sekali lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan masak. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit.
Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi ke atasnya. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya. Ulang untuk lapisan yang ketiga.
Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
Setelah keseluruhan kek siap diratakan, taburkan Chese ke seluruh bahagian kek.
Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
Jangan lupa SHARE & LIKE 😘😘

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com