Resepi tomyam mudah

Tomyam tumis TANPA PERENCAH. Sesuai untuk yg suka makan tomyam mcm zaman2 kita kecik dulu. ๐Ÿ˜Š
Teringat pulak tomyam mak kat kg. Sedapnya kan..

Menu ni setiap minggu mesti sy buat. Sebab anak2 memang suka sangat. Ni sebahagian gambar tomyam tumis sy. Saya share resepi nye ye.

Bahan2 :
Bawang besar 1bj (potong 4) *
Bawang putih 2 ulas (ketuk sekali je guna lesung) *
Serai (ketuk) *
Daun limau purut *
Tomato (potong dadu) *
Cili api (ketuk) *
Limau nipis
Ayam (potong kecik)
Sayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)

Cara2.
1.panaskan minyak
2.tumis kan bahan yg bertanda * hingga layu
3.kemudian masuk kan air
4.bila dh menggelegak, masuk kan ayam
5.renehkan biar ayam Betul2 masak
6.kemudian masuk kan Sayur.
7.jgn lupa perah kan limau nipis, masuk kan garam Dan perasa kalau suka.
8.kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas dia.
9.hidangkan dgn telur dadar, Sambal belacan Dan timun. Nasi masak lebih takut tak cukup.
10.jemput la makan, ape tunggu lagi.

Terima kasih. Kalau ada pahala di setiap resepi yg sy kongsi ni, sy sedekahkan buat arwah Abang sy AmreyFaizal bin Alaui. ❤️



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com