Pancake Souffle Jepun

Pancake Souffle Jepun.. Senang sangat!! ๐Ÿ˜‹

Bahan A
3 biji kuning telur
2 besar sudu susu cair@susu segar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu tepung gandum

Gaul kesemua bahan A dgn perlahan2 sampai sebati

Bahan B
3 biji putih telur
3 sudu gula

Pukul putih telur sehingga kembang.

Campurkan bahan A dan B secara perlahan2 sehingga sebati.

Panaskan kuali, sapukan nipis2 minyak msk dah tuangkan adunan td sedikit.. Tara siap.. So sedappp. ๐Ÿ˜…
Kalo tak reti lg sile utube k.. Sebb i pon utube so resepi i tu main buh je

Kredit: maizatul azura


Resepi Akok

Resepi akok ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

6butir telur
2keping nise / gula melaka  besar (kalau hok kecik 3keping)
1cawan santan
Garam sikit
3sudu gandum

Masak nise dgn sedikit air..lps tu blend semua bahan di atas..saya bakar guna trio cupcake

kredit: siti sarah hamid



Kuih Pelita

KUEH TAKO SENGKUANG CINA COMEL

Salam semua.. ada yang suka kuih TAKO.. sis share resipi paling mudah n senang ya..mesti cuba buat bulan puasa... yang penting sangat sedap

Lapisan bawah: (Hijau @pandan)
1 cawan tepung jagung
5 cawan air 
1 cawan gula
5 biji sekuang cina ( x de pun x pe)
Pewarna hijau

Cara2: masukkan semua bahan2 diatas kecuali sengkuang.. Kacau sampai sebati dulu. Naikkan atas api.. api sederhana kemudian perlahan, nampak dah likat masukkan sengkuang cina. Nampak dah adunan mengelegak likat masak tutup api.. boleh ambil dan letak dalam acuan pandan or bekas kecil.. siap lapisan bawah or no 1.

Lapisan atas: (santan @putih)
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan (saya guna santan kotak kara. Jadikan 4 cawan)
sedikit garam

Cara2: masukkan semua bahan2 diatas kacau sebati, naik atas api.  Kacau sampai masak atau mengelegak. Tutup api.. ambil dan masukkan dalam bekas atas lapisan bawah @ hijau tadi.. 

Taraaa siap.. masukkan dalam peti ais sejukkan baru makan.. sejuk ranggup sengkuangnya..
Senang kan.. x yah order la time Ramadan nanti .buat aje.. puas hati.makan pun boleh ulang2.

SELAMAT MENCUBA

kredit: iza fennyi




Kek Pandan

KEK PANDAN..
buat minum petang..

RESEPI..

bahan2..
4 biji telur*
1 sudu besar ovellate*
4 sudu besar susu pekat*
1 cawan gula*..(saya kurangkan sikit)..
Gula halus ya..(yg takda gula halus..blend dulu gula biasa tu๐Ÿ˜

Okey..mix dulu bahan di atas sampai gebu

2 cawan tepung
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat

Ayak bahan diatas..

Dah siap mix gebu..
Masukkan tepung .
Gaul sebati
Masukkan santan kotak 200ml
Masukkan pewarna hijau sikit
Masukkan perisa pandan sikit

Gaul sebati..
Kukus api sederhana 45 minit

Kredit Resepi : siti fairuss che mat

Bangkit susu

Bangkit susu mudah 4 bahan utama, tepung, susu pekat manis, butter dan telur.. 
#terusmembiskut

Resepi bangkit susu
Bahan:
3 cwn tepung ubi
2 1/2 cwn tepung jagung 
250 gm butter
3/4 cwn susu pekat manis ( anggaran) 
1 sdt baking powder 
2 kuning telur 

Cara:
~sangai tpg ubi selama 10 minit dgn api perlahan n sejukkn, dah sejuk ayak dgn tpg jagung n baking powder 
~butter n susu kacau sebati n msukkn telur, kacau lg, pkai sudip je
~masukkn bahan tpg ayak tadi sikit2,uli sebati.. Klu rsa lembik tmbah tpg jagung sikit, klu rsa dah ok dah boleh terap jgn tmbah tpg lg, terap la ikut acuan apa pun
~Bakar ikut suhu oven masing2,

Kredit Resepi : rose eatie sofian via mahn


Resepi Rendang Daging

Rendang Daging

Bahan2:
1 kg daging - potong agak kecil
2 paket kecil rempah kurma
Santan - 1 1/2 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
Garam
Gula melaka( kalau takde boleh guna gula pasir)
1-2 kpg asam keping
1 kiub pati ayam
3 helai daun pandan disimpul kemas
1/2 cawan minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:
9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 batang serai - hiris nipis2 terlebih dahulu ye
1 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
15-20 biji cili kering- rebus, cuci & toskan sblm kisar

Bahan mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara2:

- Panaskan minyak dalam kuali..Tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan sehingga naik bau.. Kacau seketika..Masukkan rempah kurma...Tumis lagi sehingga pecah minyak..

- sekiranya anda guna daging biasa, rebus daging seketika dengan menggunakan pressure cooker (tapi tak perlu jika guna daging batang pinang ye)...Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata...kalau guna daging batang pinang yg tak direbus maka boleh masukkan 2 cawan air sekali masa masukkan daging ye.. Biarkan seketika dalam 4-5 minit...

- Kemudian masukkan santan...kacau dgn api perlahan..Bila agak2 daging dah lembut, masukkan asam keping, kiub pati ayam,garam dan gula...

- Bila daging dah betul2 lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata...Masakkan sehingga kuah rendang agak pekat...

- Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dimayang dan dikacau lagi seketika... Rasa ye.. Kalau dah ok,boleh tutup api...

Kredit: Adnilsam Apat


Semperit Susu

Semperit Susu

250 butter ( sis guna anchor )
1 1/2 cawan susu pekat
4 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2

Whisk butter , susu pekat & esen vanilla hingga rata . Masukkan tepung jagung & tepung kastard kacau rata dengan menggunakan senduk kayu. Dah nampak cantik sebati , bolehlah tekan acuan semperit atas tray sehingga habis.
Bakar oven suhu 150° api atas bawah selama lebih kurang 15-20 minit @ hingga masak mengikut kesesuaian oven masing2.

* Doh lembik boleh di tambah tepung jagung agak2 sampai doh cantik & senang di tekan acuan & kalau keras , tambah susu pekat sedikit untuk melembutkan adunan biskut / doh.

Selamat mencuba๐Ÿ˜˜

Resipi Dapur Bidadari๐Ÿ“

Resepi ayam Penyet

Menu tengah hari masak Ayam Penyet dengan anak bongsu sementara PKP sambung lagi.

Resepi

❤ Sambal ayam penyet:

Bahan2
18biji cili padi merah 
2 biji cili besar merah
1 biji bawang holland
1 biji bawang merah (sederhana besar)
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (masukkan last skali sbb tomato berair)

Step 1
Letak minyak dan gorengkan bahan di atas
*sila potong bahan2 diatas ,blh rujuk gambar di bawah ada saya sertakan

Step 2
Blender bahan2 yg telah di goreng (step 1) serta 3inc belacan yang teah di bakar

Step 3
Masak bahan2 yg telah di blender (step 2)
Serta masukkan gula garam secukup rasa
Siappppppp

❤ Cara membuat ayam goreng

Ayam potong 4
Ramuan utk ayam rebuas
*bawang merah kecil 2biji
*bawang putih 2 ulas
*1inc kunyit hidup dan lengkuas
Tumbuk bahan2 di atas
* santan 1biji kelapa @ santan kotak
Masukkan dalam periuk dan tambahkan santan
Saya rebus ayam itu selama 40mins

Lepas rebus, saya toskan ayam

Cara nak goreng ayam pula seperti di bawah

200ml air rebusan ayam
150g tepung beras
1biji telur
1 sk garam
1sk gula

Gaul bahan2 dan kita salut ayam tu dengan bahan2 gorengan ayam

Siappppp

Boleh makan

kredit: cik pipah


Cara buat kuih seri muka

Kuih seri muka ❤️๐Ÿ˜‹

Bahagian bawah..
1. 3 cawan pulut

2. 2 cawan santan
3. Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dlm talam selama 25minit) then angkat penyek2 bg padat

Bahagian atas..
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan)
5. 1 sudu besar tepung jagung
6. 1 biji telur
7. Secubit garam
Masukkn semua bahan2 blend bg adunan halus..kemudian masukkn kedlm pulut yg tlh dpadatkan..kukus 30 minit..siap, sis bleh guba cawan pape asalkn sukatan guna cawan yg sama..biasa sy buat agak2 je

Kredit Resepi : suisan aliezsa


Resepi Kek Marble Garing

Kek lg...

KEK MARBLE GARING

๐Ÿฐ2 cwn tpg gandum 
๐Ÿฐ1 sdk baking powder
๐Ÿฐ1 1/2 cwn marjerin
๐Ÿฐ3 biji telur gred A.. gred B 4 biji.. gred C 5 biji 
๐Ÿฐ1 1/4 cwn susu pekat
๐Ÿฐ2 sd serbuk koko

Wisk marjerin & susu.. cikda blend ๐Ÿ˜…..
Masukkan telur sebiji².. wisk lg..
Masukkan tpg + baking powder yg diayak.. kaup blk.. bahagi 2 bahagian.. 1 masukkan serbuk koko & gaul sebati..
Tuang selang seli.. 
Bakar 170°c 50mnt... Api atas bwh.. 5 mnt akhir api atas sahaja.. rak bawah sekali..

Resepi asal azlina ina.. cikda dh olah skit².. saja buat pandai ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

kredit: rashida cikda


Resepi kek minyak kampung people

RESEPI KEK MINYAK KAMPUNG PEOPLEeee~

Bahan² :-

Telur 4 biji sy guna gred A
( kalo telur kecik guna 5biji)
Minyak 1 cawan
Gula pasir 1/2 cawan
Susu pekat 1/2 cawan
(Guna cawan yg sama utk ketiga² bahan)
Esen vanilla 1 penutup
*Blend kan semua dalam mesin cili tu jeeee kalo ade bekas asing lg bagus x la pedas kek tu nanti !! Hahaha
Tepung gandum 2 cawan
(Cawan yg sama utk 3 bahan tadi)
Baking powder 1 sudu kecil
*Campur bahan blend dgn tepung & baking powder
(Guna whisk/senduk nasi)

Cara² :-

Gaul sebati semua bahan...
Kalo nak buat macam kek marble lapis² kan warna selang seli
Kita rajin sgt jadi letak pewarna mak kau ijau ๐Ÿ’š je...
Pastu sapu loyang dgn minyak masak sesudu besar...
Tuang adunan...
Bakar suhu 160° atas bawah selama 1 jam
(40 minit atas bawah 20 minit terakhir bwh je)

* Ikot kesesuaian oven la...sy gune oven Khind

Selamat mencuba...sy halalkan resepi nya sbb ni cara sy buat tadi...lain org lain resepi nya...huhuhu

kredit: siti hajar baba

Resepi Mee Goreng Mamak Sedap

๐ŸŒธResepi Mee Goreng Mamak Sedap๐ŸŒธ

RESEPI 

BAHAN-BAHAN :

Mee kuning 1 bungkus
Udang sederhana (buang kulit)
Bawang Putih(hiris)
Bawang Merah(hiris)
Kicap cair & pekat
Sos cili
Sos tiram
Cili Bo
Tauhu(digoreng dahulu)
Kentang(potong dadu & goreng)
Taugeh 
Daun Kubis
Tomato
3 biji telur(pecah & kacau)
Fish cake(hiris)
Cili(hiris)
Serbuk perasa Knorr/Maggi

CARA MEMASAK MEE GORENG

Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak. Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati. Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng:)

Selamat mencuba๐Ÿ‘จ‍๐Ÿณ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐Ÿณ๐Ÿ˜ป
Kredit resepi ini kpd Mak Cik Bawang

Resepi Butir Nangka

Resipi Butir Nangka๐Ÿ’™๐Ÿ’›❤

Bahan2 doh ⬇️

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Pewarna ikut citarasa

**campur semua bhn2 di ats uli sehingga tk melekat di tgn....pastu bahagikan doh ikut warna kesukaan...kemudian bulatkan doh seperti pic....

**Rebus dlm air menggelegak dan masukkan satu persatu butir nangka.
Bila timbul , angkat masuk dlm air sejuk/ais 

Bahan2 kuah⬇️

1 kotak santan
Air secukupnya
Daun pandan
1 cwn gula/gula melaka(ikut kemanisan sendiri)
1 sk garam
1 sk biji halba(sy tk letak ank2 x suka)

**Sediakan periuk lain...perlahankan api masukkan semua bhn2 di ats kacau rata dah mendidih masukkan butir nangka tadi .Bg mendidih n kacau perlahan2 seketika n blhlah ttp api...dah siap...
Selamat Mencuba๐ŸŒธ

Selamat Mencuba ๐Ÿ˜Š

Kredit : Sue Shuk

Resepi Ayam Vanggey

Resepi Ayam Vanggey

Bahan
1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dulu kemudian digaram kunyit sedikit saja dan digoreng masak. 

Bahan kisar dgn 1 cawan air
20 biji cili kering direbus dulu

Bahan kisar
2 bawang besar
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 btg serai
4 in halia

Bahan tumis
3 bunga lawang
2 kulit kayu manis
3 pelaga
4 bunga cengkih
3 pelepah daun kari.

Bahan rempah
6 sdb serbuk kari daging Babas
10 sdb serbuk cili,kena guna Babas utk rasa yg seakan-akan.

Bahan lain
1 cawan gula merah
5 sdb serbuk secukup rasa Megi.

Cara-cara
Masukkan 2 senduk minyak masak, masukkan 4 sekawan,kemudian diikuti daun kari, biar wangi,kemudian masukkan cili kisar, masak 20-30 minit sehingga cili betoi2 masak.
Kemudian masukkan bahan kisar,masak lagi 10-15 minit
Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili,
masak lagi 15 minit,
Masak dgn api perlahan biar sehingga minyak bertakung.
Masak lama tak apa lagi sedap sebab semua bahan dah masak elok.
Masuk gula merah, serbuk secukup rasa, kacau bagi sebati baru masukkan ayam.
Masa ini kuatkan api.
Gaul kuah ke atas sehingga kuah dan ayam berpalut.

Sumber: kuali mama (fb)

5 Jenis bisnes yang boleh dibuat sepanjang tempoh PKP

5 JENIS BISNES YANG BOLEH DIBUAT SEPANJANG TEMPOH PKP INI. #pkp 
---

Kita tahu, musibah yang sedang melanda dunia sekarang bagi kesan yang amat besar pada ekonomi global.

Ramai yang hilang punca pendapatan, yang diberhentikan kerja, yang terpaksa tutup bisnes. Allahu. Peritnya di hati yang Tuhan yang tahu.

Tapi ketahuilah, setiap musibah pasti ada hikmahnya. Tugas kita sekarang, fokus untuk terus langkah ke depan, ubah gaya hidup dan bertindak demi kelangsungan hidup.

Jom kita tengok apa 5 Jenis Bisnes Yang Kita Boleh Cuba Sepanjang PKP ni :

1. Food Delivery
Rata rata peniaga makanan sekarang menggunakan kaedah delivery untuk jana income. Dan dengarnya sambutan amat menggalakkan.

Yelah, gamaknya hari hari nak masak pun boring kan. Mujur ada Food Delivery, boleh order saja ๐Ÿ˜

2. Runner
Boleh juga ambil upah jadi runner, belikan barang keperluan, hantarkan barang. Sepanjang tempoh PKP ni, kerjaya runner memang tak menang tangan. 

Sebab kebanyakan kita takut nak keluar ke tempat awam atau pasar raya. Mujur ada runner boleh tolong belikan barang dapur. Nak jadi runner secara sendirian boleh, atau kalau nak lebih sistematik, daftar sebagai runner di syarikat yang berdaftar seperti BungkusIt, LalaMove dan banyak lagi. 

3. Content Writer / Penulis Konten
Bagi yang ada kemahiran untuk menulis, inilah masanya untuk jana income dengan kemahiran anda.

Ramai influencer dan syarikat syarikat sedang mencari penulis dan pembina konten untuk website atau blog masing-masing. Ambillah peluang emas ini untuk jana income sebaiknya.

4. Jahit Face Mask
Ya, untuk awak yang ada kemahiran menjahit asas, boleh cuba ambil tempahan menjahit face mask.

Tambahan sekarang stok Face Mask sangat terhad, apa salahnya kita bantu jiran tetangga untuk supply Face Mask jahitan kita sendiri kan?

5. Bisnes Online
Haaa hat ni paling mudah dan tak memerlukan banyak kemahiran. Yang penting rajin dan sentiasa nak belajar.

Sekarang banyak business owner sediakan platform untuk yang nak mulakan bisnes online dari rumah, tinggal kita je nak pilih mana yang sesuai dengan kita.

--

Tahukah anda HAUS juga ada menyediakan platform untuk yang berminat nak jana income dengan mudah dari rumah?

Tanpa sebarang MODAL, tak perlu simpan stok, urusan pos semua HQ settle kan. Best kan? Tinggal nak menjual je ha.

Berminat nak join akak buat bisnes dengan Haus, meh PM tepi meh. Akak sedia membantu ๐Ÿ’

#HausPrihatin
#NoCorona
#JomBuatDuitDenganHaus

Sumber: Haus cosmetic agent (FB)

Resepi kek vanilla gebu

Resepi Kek Vanilla Gebu๐Ÿ˜Š

Bahan-bahan
1)230 tepung gandum 
2)250 Butter 
3)Telur ayam 5 biji
4)Gula halus 190g
5)Serbuk Penaik 1 sudu
6)Esen Vanila 2 sudu
7)Susu seperti dlm gambar- 4 Sudu

Cara adunan
-Adunkan butter (Cik Lily guna buttercup) dgn gula sehingga putih dan kembang

-Asingkan telur kuning dgn putih,masukkan telur kuning terlebih dahulu dan masukkan telur putih..

-Masukkan esen vanilla 2 sudu,masukkan 4 sudu susu seperti dlm gmbar, serbuk penaik dan masukkan tepung gandum (tepung gandum tapis terlebih dahulu dgn penapis teh,supaya tepung gandum tidak berketul-ketul semasa buat adunan)

-Adun sehingga sebati..setelah selesai diadun,barulah letakkan adunan di dalam loyang (Loyang CikLily saiz 7x7).

-bakar dgn menggunankan oven api atas bawah selama 35 minit ataupon lebih..guna suhu 150-180°c dan bakar sehingga kek menjadi kuning seperti di dalam gambar

-tip nak tahu kek tersebut dah masakk ataupon belum,kita boleh cucuk kek dengan menggunakan lidi pencucuk satay..cucuk pd kek,sekiranya tidakk melekat,bermakna kek dah masak..bakar sehingga masak dan kuning seperti di dalam gambar..

-selepas siap bakar..sejukkan kek,lepas tu baru potong kek..

Semoga berjaya membuat kek Vanilla Gebu.

Credit : Lily Melia