Agar-agar lumut gula Melaka

Salam gais, hari ni sis share buat agar2 simple pejam mata siap

Agar2 Lumut Gula Melaka

Bahan A
* 1 peket serbuk agar2 (10g)
* 4 cawan air / 1 liter
* 180g gula melaka
* 1/4 cup gula (bole kurangkan)
.
Bahan B (satukan semua)
100ml santan kara (yg dlm kotak)
150ml air
1 biji telur
.
1. Didih bahan A sampai semua gula cair, angkat & tapis (sis buat camni sbb kadang2 ada la benda tersembunyi dlm gula melaka 🀭)
.
2. Didihkan balik A, pastu masuk bahan B. Yg ni kena sentiasa kacau dgn whisk. Jgn tinggal. Kacau perlahan sampai betul2 mendidih. Proses ni penting ok. Tutup api. Masuk dlm apa2 bekas. Biar sejuk room temp pastu sejukkan & bole potong ikut suka la camna 
.
Siap. Dah bole makan dgn gembira. Selamat Mencuba 😍

kredit: zeti khalid

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com