Menu tengah hari masak Ayam Penyet dengan anak bongsu sementara PKP sambung lagi.
Resepi
❤ Sambal ayam penyet:
Bahan2
18biji cili padi merah
2 biji cili besar merah
1 biji bawang holland
1 biji bawang merah (sederhana besar)
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (masukkan last skali sbb tomato berair)
Step 1
Letak minyak dan gorengkan bahan di atas
*sila potong bahan2 diatas ,blh rujuk gambar di bawah ada saya sertakan
Step 2
Blender bahan2 yg telah di goreng (step 1) serta 3inc belacan yang teah di bakar
Step 3
Masak bahan2 yg telah di blender (step 2)
Serta masukkan gula garam secukup rasa
Siappppppp
❤ Cara membuat ayam goreng
Ayam potong 4
Ramuan utk ayam rebuas
*bawang merah kecil 2biji
*bawang putih 2 ulas
*1inc kunyit hidup dan lengkuas
Tumbuk bahan2 di atas
* santan 1biji kelapa @ santan kotak
Masukkan dalam periuk dan tambahkan santan
Saya rebus ayam itu selama 40mins
Lepas rebus, saya toskan ayam
Cara nak goreng ayam pula seperti di bawah
200ml air rebusan ayam
150g tepung beras
1biji telur
1 sk garam
1sk gula
Gaul bahan2 dan kita salut ayam tu dengan bahan2 gorengan ayam
Siappppp
Boleh makan
kredit: cik pipah
No comments:
Post a Comment