Resepi Ayam Vanggey

Resepi Ayam Vanggey

Bahan
1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dulu kemudian digaram kunyit sedikit saja dan digoreng masak. 

Bahan kisar dgn 1 cawan air
20 biji cili kering direbus dulu

Bahan kisar
2 bawang besar
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 btg serai
4 in halia

Bahan tumis
3 bunga lawang
2 kulit kayu manis
3 pelaga
4 bunga cengkih
3 pelepah daun kari.

Bahan rempah
6 sdb serbuk kari daging Babas
10 sdb serbuk cili,kena guna Babas utk rasa yg seakan-akan.

Bahan lain
1 cawan gula merah
5 sdb serbuk secukup rasa Megi.

Cara-cara
Masukkan 2 senduk minyak masak, masukkan 4 sekawan,kemudian diikuti daun kari, biar wangi,kemudian masukkan cili kisar, masak 20-30 minit sehingga cili betoi2 masak.
Kemudian masukkan bahan kisar,masak lagi 10-15 minit
Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili,
masak lagi 15 minit,
Masak dgn api perlahan biar sehingga minyak bertakung.
Masak lama tak apa lagi sedap sebab semua bahan dah masak elok.
Masuk gula merah, serbuk secukup rasa, kacau bagi sebati baru masukkan ayam.
Masa ini kuatkan api.
Gaul kuah ke atas sehingga kuah dan ayam berpalut.

Sumber: kuali mama (fb)

No comments:

Post a Comment