Resepi kek vanilla gebu

Resepi Kek Vanilla Gebu😊

Bahan-bahan
1)230 tepung gandum 
2)250 Butter 
3)Telur ayam 5 biji
4)Gula halus 190g
5)Serbuk Penaik 1 sudu
6)Esen Vanila 2 sudu
7)Susu seperti dlm gambar- 4 Sudu

Cara adunan
-Adunkan butter (Cik Lily guna buttercup) dgn gula sehingga putih dan kembang

-Asingkan telur kuning dgn putih,masukkan telur kuning terlebih dahulu dan masukkan telur putih..

-Masukkan esen vanilla 2 sudu,masukkan 4 sudu susu seperti dlm gmbar, serbuk penaik dan masukkan tepung gandum (tepung gandum tapis terlebih dahulu dgn penapis teh,supaya tepung gandum tidak berketul-ketul semasa buat adunan)

-Adun sehingga sebati..setelah selesai diadun,barulah letakkan adunan di dalam loyang (Loyang CikLily saiz 7x7).

-bakar dgn menggunankan oven api atas bawah selama 35 minit ataupon lebih..guna suhu 150-180°c dan bakar sehingga kek menjadi kuning seperti di dalam gambar

-tip nak tahu kek tersebut dah masakk ataupon belum,kita boleh cucuk kek dengan menggunakan lidi pencucuk satay..cucuk pd kek,sekiranya tidakk melekat,bermakna kek dah masak..bakar sehingga masak dan kuning seperti di dalam gambar..

-selepas siap bakar..sejukkan kek,lepas tu baru potong kek..

Semoga berjaya membuat kek Vanilla Gebu.

Credit : Lily Melia

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com