Resepi Nasi Tomato Raya

Resepi NASI TOMATO RAYA 😘😘

Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam

hiasan daun pudina dan bawang goreng

caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye...

## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan... Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan ...

Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur

300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan

sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
minyak masak
garam dan sedikit gula

sayur
kacang panjang
terung
bendi
ubi kentang
lada hijau
carrot

caranya
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2. masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu
3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak...

Resepi Acar Timun
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka
garam dan gula
air kapur

timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan . setelah itu bersihkan kembali timun tadi
kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas..kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais

SELAMAT MENCUBA.. 😘😘
Read More...

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari
.
Bahan² untuk kuah:
🥘Ayam @ daging
🥘Tauhu pelampung (goreng sekejap)
🥘2biji bawang merah besar *
🥘3biji bawang putih*
🥘2s/b udang kering*
🥘10tangkai cili kering*
🥘1batang serai (ketuk)
🥘4s/b serbuk kari√
🥘2s/b serbuk cili√ (nak skip pn bole)
🥘1kotak kecik santan
🥘1cwn air
🥘1pc kiub pati ayam
*Kisar*
√bancuh degan sedikit air√
.
Cara:
👉Panaskn minyak... Masuk serai.. masuk bahan kisar * dan √... Tumis sampai pecah minyak... Masuk ayam@dging.. bia bagi masak sekejap ya... Lepastu bru masuk santan dan air serta kiub pati ayam....kepekatn kuah agak² je ya.. jagan cair@pekat sangat.. Perasakan garam... gula dan perasa... Biar mendidih... Baru masuk tauhu tadi.. siap...
.
Bahan lain:
🔸Mee kuning (celur sekejap)
🔸Fishball (goreng&hiris)
🔸Fishcake (goreng&hiris)
🔸Tauge
🔸Daun sup (hiris)
🔸Lada merah/hijau (hiris)
🔸bawang goreng
🔸Limau kasturi
🔸Telur rebus belah dua
🌱Nak tambah kerang/udang pun bole🌱
.
Selamat mencuba🧡

kredit: Bunga Jua
Read More...

Resepi Kek Cheese pure

Resepi kek cheese pure ❤

Bahan-bahan:
1kg cream cheese (suhu bilik)
1 cwn gula halus
5 biji telur Gred A
1 sk esen vanilla
2 sb yogurt asli
1 cwn tepung gandum

Panaskan oven selama beberapa minit sebelum membakar kek. 

Cara membuat:
- Satukan cream cheese,gula halus,yogurt asli,esen vanilla dan pukul hingga gebu dan ringan.
-Masukan telur (satu persatu),pukul dgn kelajuan max,hingga kembang.
-Akhir sekali masukan tepung dan sebatikan.
-Tuang adunan ke dlm loyang 8 (alas baking paper) hentak beberapa kali supaya adunan mampat dan sekata.
-Guna kaedah water-bath/bain marie (rujuk gambar) bakar kek selama 50-60minit,suhu 130c (api atas sahaja)
-Setelah kek masak,sejukan dan simpan dlm peti sejuk semalaman sebelum dipotong (rasa kek akan lebih sedap dan padat)

Selamat mencuba 😘
Read More...

Ketupat Palas versi utara

Baru siap ketupat palas versi utara ni. Takdapat balik raya, selalu nya mak ja yg dok buat. Kita tukang balut ja. Taon ni kena buat seniqi la 😁

Resepi pon turun temurun dari tok👇🏻

✅Untuk pulut susu
- 3 cwn beras pulut susu
- 3 1/2 cwn santan 
- 2 sk garam 
- 2 sb gula
(Boleh adjust masin manis, kalau utara dia lebih kpd lemak masin)

Mcm harini sy buat 2kg pulut susu beli dkt Giant ja. 
Sukat pakai mug cwn mcm dlm gambar bwh. 
So dpt sukatan:
- 7 1/2 cwn pulut susu
- 8 cwn santan Kara kotak besar yg dicampur air
- 5 sk garam
- 5 sb gula

Cara2:
- Rendam pulut yg dh disukat dlm air selama 2 jam
- Masak santan, gula, garam sampai mendidih
- Masukkan pulut ke dalam  santan yg mendidih (makesure tapis pulut betul2, buang air rendaman)
- Guna api sederhana shj , kacau pulut sampai sedikit kering
- Pulut still mentah tapi dh cukup kering tu kira ok
- Biarkan rehat dlm periuk sat, then boleh ceduk sejukkan utk balut.

✅ Buat awai2 simpan dlm freezer dulu. Nak makan raya nanti tinggal kukus ja 10 min 😁

✅ Daun palas beli ja dkt kl ni, RM1/btg . Utk 2kg pulut sy beli 8 batang. Nak selamat guna 10 btg takot daun koyak ka apa.

kredit: najihah huda sokri
Read More...

Resepi Serunding Daging

Serunding daging 

Resepi...

- 1 kilo daging (rebus hingga empuk dan siat2 halus)

- 6 batang serai

- 4 biji bawang besar @ 15 biji bawang merah kecil.

- 1 labu bawang putih 

- 20 tangkai Lada kering (klu nk pedas sikit tambah lagi 5 tangkai Lada kering)

- sedikit lengkuas

- sedikit halia

- garam lebih kurang 3 1/2 sudu kfc (secukup rse)

- gula pasir lebih kurang 11 sudu besar (secukup rse)

- serbuk perasa jika suka...

- 2 biji kelapa (santan) @ sekilo santan..salah satuni bole...sy guna 1 kilo daging...1 kilo santan.

Cara membuat...

Blender semua di ats...masukkan dalam kuali bersama santan dan daging yg telah disiat... masak dan kacau hingga kering..x payah tumis...garam dan gula secukupnya...

kredit: sifu maya
Read More...

Resepi Nutella Tart

Resepi Nutella Tart
'''''''''''''''''''''''''''’'''''''''''''''''''''''''''''’''''''''''''''''''''''

1.250gm butter
2.60gm gula halus
3.1 biji kuning telur
4.450gm tepung gandum
(Kalaw nak buat tart red velvet tu just tambah jer 1 tsp red velvet emalco,kalaw tart biasa tak payah letak ok)

Bahan inti
* Nutella Coklat(hakak guna coklat dalam gambar tu jerk)
* almond flavour 1/2 tsp (tak letak pon boleh)

Cara2 nyer
1.pukul manja jer mentega dan gula sampai sebati,bukan sampai kembang taw.
2.lepas tu masukkan kuning telur.
3.dan akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
4.terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar.
5.paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak lepas tu tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.
6.bakar selama 15-20 minit,
(Kalaw suka garing sikit biskut nyer bakar dulu selama 5 minit,lepas tu baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit)

*hakak terus paip coklat tu sebab malas tunggu 🤭
*lagi satu jangan lupa sangai tepung tu dulu yer,tak nak sangai pon tak ape tapi kalaw nak lebih ringan sangat la dulu....😁
*kalaw tak pandai gune acuan tart tu,uols boleh lah bulat2kan n buat lubang kat tengah yer

kredit: umie nurhayati..
Read More...

Tart Nenas viral

 ORIGINAL montok demokk , tu haa bukti , cikgu ina kata gentel inti besar ibu jari , lupa tanya ibu jari tangan ke kaki 🤣🤣 Tapi sumpah sedap yaaa amattttt 💖

Bahan2

🍍1 ketul butter (saya guna purebutter Tatura)
🍍3 sb susu pekat
🍍2 sb minyak sapi
🍍1 kuning telor
🍍Esen vanila
🍍Pewarna kuning

👉Kacau sebati guna senduk je bahan2 diatas

🍍3 1/4 cawan tepung gandum
🍍2 sb tepung jagung
🍍2 sb tepung kastard

👉Masukkan secawan dulu gandum dlm adunan butter
👉Tambah tepung jagung dan tepung kastard
👉Tuang baki tepung gandum .Uli 3 minit .
👉Terap , letak jem dan gulung . Glaze dgn kuning telor (tambah pewarna kuning sikit)
👉Bakar 165c selama 25-30 minit (saya bakar 30 minit)

Siapp.. Selamat Mencuba 💖

kredit: wan atirah
Read More...

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
=

Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara:

• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba😋

kredit: nurul syuhada che din

Read More...

Semperit Red Velvet

Semperit Red Velvet 

Resepinya :

250gm buttercup 
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar cuka makan
3 cawan tepung jagung (ayak)
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko

1. Gaul sebati buttercup dengan susu pekat. Kemudian masukkan pewarna dan cuka.
2. Masukkan tepung kastad dan serbuk koko. Gaul sebati. Jangan pukul. Gaul lembut je.
3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli. Kalau adunan masih lembik boleh tambah tepung jagung hingga doh tak melekat di jari bila digentel, dah boleh terap. Jangan sampai doh terlalu keras. Pastikan masih lembut bila ditekan.
4. Bakar 160 darjah 30 minit, atau sehingga kuih masak sekata sampai bahagian dalam.

Tips:
* Patahkan semperit, kalau bahagian doh tgh masih lembab masuk balik dalam oven, turunkan suhu 140 darjah dan set lagi 5 minit. Semperit yang masak sepenuhnya akan rasa ringan bila diangkat

*Boleh juga gantikan cuka, serbuk koko dan pewarna merah dengan 2 sb red velvet emulco

Selamat mencuba

kredit: nadira baharuddin
Read More...

Resepi Biskut Dam

Resepi Biskut Dam 

Bahan²:-
1 buku buttercup (250g) (atau 1 cawan planta/marjerin
3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
1 biji telur ayam saiz A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat:-
1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dgn gula sampai sebati.
2. Masukkan telur & esen vanilla. Kacau.
3. Masukkan tepung jagung & tepung gandum. Uli sampai tak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.
4. Bahagikan doh kpd 2 bhgn. Satu bhgn gaulkan dgn serbuk koko.
5. Buat potongan & susun selang seli spt dlm gambar.
6. Potong guna benang.
7. Bakar api atas bawah 170° 20-30 minit (ikut oven masing²).
Siap!!!!

Credit : Farizal Radzali
Read More...

Bangkit Cheese

Bangkit Cheese

Bhn
250gm tpg ubi - disangan dlm 10mnt...biarkan sjuk
225gm tpg jagung
1/2sdt baking pwder
70gm keju cheddar parut
180gm gula aising
250gm butter
2bj kuning telur

Bhn topping
2bj kuning telur
sedikit pewarna kuning
keju cheddar parut secukupnya

Cara
1 - pukul gula aising dgn butter smpi kembang berkrim
2 - msukkn bahan2 lain dan adun sebati jd doh
3 - canaikn doh dan terapkn ikut acuan yg disukai...susun dlm tray yg dh digris
4 - bakar suhu 150'c-160'c selama 10minit
5 - keluarkn dr oven sapu permukaan biskut dgn kuning telur yg dh dicampur pewarna kemudian taburkn dgn parutan keju
6 - bakar lg 7-10minit
7 - Chingggg 👌 dh siap

kredit: suri suria

Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com