Resepi kek cheese pure ❤
Bahan-bahan:
1kg cream cheese (suhu bilik)
1 cwn gula halus
5 biji telur Gred A
1 sk esen vanilla
2 sb yogurt asli
1 cwn tepung gandum
Panaskan oven selama beberapa minit sebelum membakar kek.
Cara membuat:
- Satukan cream cheese,gula halus,yogurt asli,esen vanilla dan pukul hingga gebu dan ringan.
-Masukan telur (satu persatu),pukul dgn kelajuan max,hingga kembang.
-Akhir sekali masukan tepung dan sebatikan.
-Tuang adunan ke dlm loyang 8 (alas baking paper) hentak beberapa kali supaya adunan mampat dan sekata.
-Guna kaedah water-bath/bain marie (rujuk gambar) bakar kek selama 50-60minit,suhu 130c (api atas sahaja)
-Setelah kek masak,sejukan dan simpan dlm peti sejuk semalaman sebelum dipotong (rasa kek akan lebih sedap dan padat)
No comments:
Post a Comment