Resepi Laksa Johor

Laksa johor is done.

Bahan bahan :
1 paket spaghetti/mee laksa.
1kg ikan kembung/ikan tengiri. (Saya guna ikan kembung. Ikan ni tengok korang nak hidangkan utk berapa ramai ok. Mcm saya 3 org je. Tapi buat utk sarap, lunch,dinner).
3/4 cawan rempah kari (tak kisah lah kari ikan ke ayam. Asalkan kari).
1/2 cawan lada boh. 
3/4 cawan udang kering (cuci n blender)
2 cawan santan pekat (saya guna santan Kara).
3 cawan air
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa. 

Bahan kisar : 
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Cara cara :
1- Ikan mcm biasa bersihkan dahulu, kemudian kukus. Lebih senang kukus berbanding rebus, sebab nak asingkan tulang dgn isi. Air kukus ikan tadi simpan. Kemudian blender ikan dgn air kukusan ikan. Ketepikan dahulu.

2- Tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. (Masa ni memang akan kering sikit). Cepat-cepat masukkan 1/2 cawan air dan masak dalam 5minit.

3- Lepas tu masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat boleh tambahkan air sikit je. Bila naik minyak, masukkan ikan kisar tadi. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air n 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering n kerisik.

Ulam ulam :
- Timun (tadi lupa nak potong timun).
- Taugeh
- Daun kesum/daun selasih (daun kesom abis kat kedai. So tak ade tadi). 
- Kacang panjang (kacang pnjang pun tak ade. Saya gantikan dgn bawang. 
- Limau kasturi (diperah atas laksa, bukan mkn dgn kulit limau). 🀭

Lepas tu buatlah sambal belacan. 
Bahan-bahan sambal belacan.
5 bj lada merah
3bj cili padi
1inci belacan dibakar dulu. 
Sedikit asam jawa.
Sedikit gula dan garam.
Semua ni tumbuk atau blender. Ok siap. Dah boleh makan makan. 

Cara saya makan siap letak ikan masin. Uishh power padu..

Sila lah share πŸ€—

Kredit Resepi : Yatti Omar

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com