Resepi Pulut Dakap

Resepi pulut dakap orang tua dulu2 buat

Bahan bahan yg diperlukan:

Beras pulut 1kg
Santan pekat 500gm
Air 1 gelas
Gula dua cawan
Garam halus 3 sudu kecik
Daun pisang yg hijau
Pisang tanduk
Pisang kebatu pun boleh
Pisang nipah pun boleh
Pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh
Tali ropia
Atau pun tali getah.saya guna tali ropia sebab ikut cara orang tua dulu2

Cara cara nya:

Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap.
Kemudiam masak santan gula garam sampai mendidih kemudiam tutup api angkat periuk santan letak kat bewah ambil pulut yg telah di kukus takdi buh dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudiam panas kan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit2.
kemudian ambil daun pisang letak kan pulut dn pisang tutupkan dengan pulut balut2 kemudiam ikat dengan tali ropia atau pun tali getah.

Dah siap boleh lah kukus atau pun rebus.

Selamat mencuba

Kredit Resepi : azura yusoff

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com