AZLINA INA RESEPI | Lava hantu sebesen melting

Asalamualaikum anak2 mak syg.😂Ramai dah xsudi jawap salam mak ni ek ek.Ape khabar semua anak2 mak tu?? ok sebab undian semalam ramai yg undi nak belajar besen lava hantu melting yini😂ok jom kita check it out resepi nya.Jualan terlaris mak sepanjang pkp ari tu.
bekas yg diguna sq 3000
anggaran kos rm35-40

lava hantu sebesen melting 

Bahan2:
5 biji telur 
1cawan gula halus
1sb ovalate
1sk esen vanila
Mix bahan2 di atas sampai agak kembang elok

ayak kan
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
 Sedikit garam halus
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat*

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Bila bahan mix td dah kembang 
masukkan 1cawan susu pekat
dan masuk kan 1 cawan minyak masak
Slowkan mixer.
Kemudian masukkn bahan2 ayak tadi beselang dgn air panas 1/2 cawan
done sukatan atas ini akan dapat 3 bekas sq 3000
Panaskan kukusan dan kukus api besar 30 mnt ya.
siap keluakan bia sejuk jap

sukatan topping ni akan dapat
1 bekas untuk size sq 3000 besen 
belajar toping die ya
500g cream cheese
1/2 tin susu pekat
250 g whipping dairy( 1 cawan)
375 susu segar/ low fat( 1 cawan 1/2)
blender sebati ketepikan

Ganache melting better buat awal sket
350g coklat compound dark beryls patah2 kan
375g whipping cream(1 cawan setengah)
3 sudu majerin
panas kan dan whisk kan smpai semua cair

lava die
1sb serbuk oldtown white  hazelnut plus sedikit air panas kacau smpai larut
sambil tu siap kan topping die dulu
ok topping cheese ade bahagian die
-ambik sikit cheese blend td sebahagian dalam 1 senduk cheese dah diblender td  kan so plus kedalam white coffee larutan td dan plus 3sb ganace boleh kacau2 kan

skrg  cara topping
tuang atas kek korg cheese belender td cucuk2 sket pakai garfu...kek coklt lembut xboleh dibelah nnt hancur.
pas tu letak tompok2  campuran oldtown td tu dan  tuang ganace buat simbol X mcm dam tu.then baru lorek kan buat bentuk S. 
sejuk kan 1 jam done🤩
jualan korg boleh jual rm60-70 sebekas

No comments:

Post a Comment