Kek Gula Hangus

kek gula hangus.. 
Bersarang molek kejadiannya.. 
Ni lah resepi bertahun2 tercatat dlm buku azimat πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Bahan2nya
2 cwn air
2 cwn gula
2 sudu besar marjerin
1 cwn susu pekat
5 biji telur A
2 cwn gandum diayak
2 sudu kecil soda bikarbonat diayak
Esen vanila

Caranya:
1.Hanguskan gula. Kemudian campur air dan sejukkan. 
2.Pukul marjerin dengan susu pekat hingga sebati. 
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
4.Masukkan gandum dan soda, esen vanila
5.Akhir, masukkan gula yg telah dihanguskan kacau hingga sebati
6.Utk mendapatkan kek yang gebu, perap adunan selama 1jam @ lebih. 
7. Bakar dlm oven 30-40 minit. 

Selamat mencuba.. ☺☺☺

kredit: cheku normala

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com