Nasi Ayam Madu

Salam anak2 mak.Korg masak ape? mana tau yg nak masak nasik ayam madu simple esok? try lah sedap tau.Xpon save bile2 nak cuba kan senang

๐Ÿ’–Nasi Ayam madu tp abah jgn bawak madu๐Ÿ’–
Bahan bahan:
Mentega atau majerin mana-mana la ikut bajet 2 sb
Daun pandan
Beras basmathi @ pakai je beras biasa tambah beras basmathi baru cantik- basuh dan tos
Air rebusan ayam(letak halia ketuk sedikit garam dan kiub pati ayam 1 ketul dengan 2 akar daun sup yang dah dibersihkan.
air dalam 6 cawan rebus kaki ayam dan tulang-tulang ayam sampai mendidih.asingkan isi dan sedikit kuah ketepikan untuk sup nanti.sup yang kosong tadi masukkan 1 cawan air lagi dan sekor ayam yang dah dibersihkan takyah potong-potong eh dalam 15 minit api sederhana.keluarkan ayam.sekor tadi ketepikan..

๐Ÿ’–ok bahagian nasi๐Ÿ’–
Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan daun pandan dan halia. Tumis sehingga berbau wangi.

Tuangkan bahan tumis ke atas beras yang dah di tos dalam periuk nasi. Kacau rata. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya kalau kurang,tambah air biasa pas tu letak sket serbuk kunyit tuk colour masa ni mak tambah garam sket . Masaklah seperti biasa di dalam rice cooker. Bila masak, ceduk ke dalam mangkuk dan taburkan dengan daun bawang hiris dan bawang goreng

Nota:
1 mangkuk sukatan beras bersamaan dengan 1 mangkuk air rebusan ayam beras basmati kalau beras biasa 1 :2 cawan kalau campur 1:1 1/2 cawan

๐Ÿ’œBahan Perap ayam๐Ÿ’œ
-5sudubesar madu beli kat pasaraya je
-Garam sket
-Gula 1 sb
-Serbuk pati ayam
-kicap pekat
Satukan bahan perap dan sumbatkan bahan perap rata rata di dalam perut ayam dan bahagian luar ayam kalau sekor kalau potong2 perap biasa je lg lama lg sedap.Perap dan gantung selama 2-3 jam. Masa ni, kulit ayam akan menegang. Bolehlah dibakar dalam oven dengan suhu 170C selama 30 minit atau digoreng deep fride ek.

๐Ÿ’žSambal Cili๐Ÿ’•
Cili merah
Cili padi, jika suka mak suka pedas hehe
Garam
Gula
Cuka
1ulas bawang putih
sedikit air suam

Satukan semua bahan dan kisar..masak atas api perlahan sampai hilang bau cili mentah

๐Ÿ’–Sambal Kicap๐Ÿ’–
ambik air perapan ayam sebelum goreng tadi
tambahkan kicap biasa dan sedikit gula,kacau.

๐ŸŒบBahan Sampingan๐ŸŒบ
-Salad
-Timun
-Tomato

๐ŸŒบKuah Sup๐ŸŒบ

Tadi awal-awal kite dah ketepikan sedikit kuah dengan isi tulang dan kaki kan.so tinggal tumis bawang merah & putih dihiris.tuang dalam sup tadi tambah air secukupnya.bia mendidih.
Tambahkan
-Sup bunjut
-Garam
-Gula
-dan tabur daun sup dan daun bawang siap

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com