Resepi Cakoi Berongga

Harini nak share cara buat cakoi yang cantik berongga didalam, lembut, dan kekal crispy diluar. Ini adalah hasil menu minum petang tadi. 

Gambar semasa proses buat doh tak ada ya sebab terlupa nak ambil gambar. Bila tengok doh menjadi cantik tu kita start ambil gambar dan video setiap step untuk di kongsi disini. 

Resepi cakoi berongga

Bahan A :
1 peket instant yis
4 sdb gula pasir 
1 cawan air masak
(satukan bahan di atas sampai kembang/berbuih)

Bahan B :
1 kg tepung gandum (saya guna cap sauh)
1 sdb ammonium bicarbonate @ garam ammonia
1 sdb baking powder
1 sdb garam halus
8 sdb minyak masak
2 cawan air masak

Cara-cara :

1- Campur kesemua bahan B dalam bahan A. Air dimasukkan sedikit demi sedikit. 
2- Uli sampai bahan sekata dan melekit di tangan. Tekstur adunan memang akan lembik ya.
3- Biarkan selama 30 minit untuk bagi doh naik/kembang. Jangan lupa tutup dengan tuala. 
4- Taburkan sedikit tepung gandum di atas papan canai supaya doh tak melekat di atas permukaan tersebut.
5- Ambil dalam sedikit doh dan canaikan secara memanjang.
6- Potong dalam jarak 1 inci.
7- Gunakan lidi satay yang dicelup dalam air suam untuk tujuan melekatkan dua potongan. Boleh rujuk gambar dan video.
8- Ambil satu potongan kemudian letakkan di atas satu potongan lain yang telah diletakkan sedikit air dan kemudian tarik sedikit secara memanjang sebelum digoreng.
9- Goreng sehingga warna keperangan dan kemudian siap untuk dinikmati!

Nota~
**Ammonia bicarbonate boleh didapati di mana2 kedai yang menjual bahan bakeri. 
**Proses yang lebih jelas selepas membuat doh boleh rujuk pada gambar dibawah.

Selamat mencuba!

kredit: aishah md noor

No comments:

Post a Comment