Resepi Kek Pandan Bersantan gebu

πŸ’šResipi kek pandan bersantan gebu

πŸ’šBahan-bahan
5 biji telur (Gred A) -kalau gred B lebihkan sikit telur..
2 cawan gula kastor  (tak nak manis boleh kurangkan)
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum (saya guna self raising brand blue key)
1 sudu makan serbuk penaik (diayak bersama tepung gandum)
1 kotak santan kara (200 ml)
2 sudu makan susu pekat
Sedikit perwarna hijau
Sedikit emulco pandan (Optional)

πŸ’šCara buat
Putar telur.. sambil tu masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar..putar sampai kembang.
Kemudian, masukkan ovalette dan susu pekat..putar sehingga kembang dan adunan menjadi gebu..
Masukkan tepung sedikit demi sedikit..masa ni kaup balikkan pn boleh..tapi saya guna mixer je semua.
Akhir sekali masukkan santan+sedikit perwarna dan emulco pandan.. sebatikan..
Bakar pada suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing..

*Oven kena panaskan dlu dalam 5 or 10 minit sebelum kek dibakar...

*Kalau guna tepung naik sendiri, tak perlu letak serbuk penaik ya.

*Tips nak kek gebu gebas..pastikan pukul sampai kembang dan betul2 gebu adunan utk menghasilkan kek yg ala2 sponge kek..

 *Kek ni x muak sgt sedap sb x guna butter atau marjerin..

*Boleh letak topping cheese jgk..jadilah kek pandan lava cheese..

kredit: qaseh hasna

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com