Resepi Kerabu Tauge Pucuk Paku Kerang

Kerabu tauge pucuk paku kerang, favourite Ayu nih.. hrmm x dan nak mkn ngan nasik sbb  sedap  ratah je ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… 

๐Ÿ‘‡ Resepi 

Bahan-bahannya :
● 250gm taugeh
● 500gm isi kerang
● pucuk paku - celur 
● sedikit belacan-tumbuk
● 2biji cili merah-tumbuk
● 10biji cili padi- boleh tambahkn @kurangkan-tumbuk
● 2biji limau nipis
● garam dan gula secukup rasa
● 1 biji bawang besar- hiris
● 2sb kerisik

Cara membuatnya :
1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk. gaul hingga sebati.

2. perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati

3. Siap dan bolehlah dihidangkan...

kredit: ayu shahir

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com