Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Sekarang orang semua pakat buat Lotus Biscoff Cheesecake. Kita pun nak try lah buat, senang je rupanya. Takperlu bakar langsung. Sedap sangattttt rasa dia 😍😍😍😍😍

BAHAN2
400g cream cheese 
1 sudu kecil essence vanilla
125ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
90g butter 
200g lotus biscoff spread
15keping lotus biscoff biscuit

CARA2
- Base Cake
1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble. 
2. Cairkan butter atas dapur, masukkn lotus biscuit yg dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan2 utk jadikan base. 

- Bahagian tengah2 (cheese)
4. Mix cream cheese + essence vanilla + 2sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
5. Bekas lain, mix whipping cream + 2sudu besar gula icing sampai kembang.
6. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi. 
7. Tuang adunan tu atas base. 

-Topping 
8. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek. 
9. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok 😂. 

Senanggggggg kan?
Jiha buat dalam bekas kecik2, 1 adunan ni dapat 6 bekas. 

Btwwww, jiha baru start jual lotus biscoff biscuit tu, kalau nak buat kek ni, boleh lah beli, tapiiiiii makan biscuit ni macam biasa pun dah sedap sangat tauuu. Ngap ngap tiba2 dah habis 😂😂😂😂.

kredit: jiha jihah

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com