Resepi Agar Agar Milo

Bahan Agar Agar Milo

Bahan-Bahan

3 senduk milo
1 biji telur
1 pack serbuk agar-agar
3/4 tin susu pekat manis
1 kotak santan kara
1 cawan spiderman air sejuk
2 cawan spiderman air panas

Cara Membuat

#1. mula-mula bancuhkan air panas bersama susu pekat manis dan milo kemudian masukkan telur dan tuangkan santan. selepas itu bancuh sekata didalam periuk.

#2. masukkan serbuk agar-agar kemudian sebatikan.

#3. tambahkan air sejuk kemudian panaskan dengan api sederhana dan sentiasa gaul bancuhan hingga mendidih kurang lebih 15 minit.

#4. matikan api dan tuangkan kedalam loyang dan biarkan sekejap hingga sejuk.

#5. akhir sekali, masukkan kedalam peti sejuk dan tunggu hingga siap untuk dihidangkan..

agar agar milo yang saya kongsikan ini tanpa berlapis-lapis sebab saya memang orang yang suka ringkas- ringkas sahaja.
Resepi Agar-Agar Milo Sukatan Cawan

kredit: Norazlitaaziz

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com