RESTORAN MAHBUB Nasi beriani Buhara memang Terbaik!!

RAMAI pulak PM tepi tanya pasal Restoran Mahbub ni hehehe. Okeylah Restoran Mahbub bermula kat Bangsar tahun 1974 (dulu nama dia restoran Sharifa)


Dah tiga generasi dah keluarga dia run bisnes ni. Signature dish dia Nasi Beriani Ayam Madu. Tapi aku lak kalau mai sini confirm order Nasi Beriani Buhara dia yang memang terbaek!


Tony Fernandes punya suka makan kat sini sampai korang boleh order kalau naik Air Asia (boleh pre-order kau). Datuk Seri Najib jangan citerlah. Macam tu gak VVIP2 lain. Kau jangan terkejut sebelah kau ada Tan Sri-Tan Sri dok balun kat sini.


Satu benda yang aku suka kat Mahbub ni dia layan semua orang sama je. Takde bilik VVIP semua ni. Nasib baik kau dapat makan kat dalam. Kalau ramai sangat, duduklah kau kat luar.


Dalam Malaysia ni ada DUA je Mahbub...satu kat Bangsar, satu kat Damansara Damai.


Buat Kamarul Kadir, aku kata Mahbub Damansara Damai, yang kau gi tunggu aku kat Mahbub Bangsar tu aper hal, hahahahaa.


Tak puas hati jom repeat!







Kredit to Syahril A. Kadir (Facebook) 

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com