Resepi Mee Kuah Tulang Keledek Merah

 *Mee kuah tulang keledek merah..*👩‍🍳


bahan2nya:


Tulang dan daging rebus

Keledek merah 

*Blend bawang besar 

*Bawang putih

*Halia

*Cili kering

Serbuk sup adabi dua sudu 

Serbuk perasa sikit 


Sos cili

Sos tomato


Garam

Gula 

Susu pekat manis 


Semua bahan bertanda * ni tumis smp pecah minyak..masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum.. then tuang masuk dlm rebusan daging td..


Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend pastu masuk dlm periuk


Masuk pula segala sos td.. mama agak2 je


Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis ( ikut rasa masing2 ea..😁)


Dah siap ble la taburkan 

hirisan daging 

Telur rebus

Tauhu goreng

Sawi celur

Daun bawang/ sup

Taugeh 

Cili potong 

Bawang goreng 


Selamat mencoba..!😁😁


Kredit : finaz rizal

Read More...

RESEPI AZLINA INA : TART BROWNIES BITE LAVA

Tart brownies bite lava


bahan2 A

kulit tart ready made beli kat bakery senang😂


bahan2 B

180g butter

300g coklat dark beryls

cair kan double boil


bahan2 C

3 biji telur

120g gula perang

satukan dan kocak2 kan

tambah

bahan2 B kacau perlahan

dah sebati tambah 120g tepung self rising

masuk piping beg

letak coklat chips putih atau white coin beryls kedalam kulit tart tadi

paip kan adunan brownies td

nak tambah kan badam slice pn boleh

bakar suhu 180 masa 20-25 mnt atau sampai bau brownies naik dan wangi..

siap di hidang.Kalau nak lava die cair masa lepas masak tu makan panas2 mmg best😍








Read More...

RESEPI LAKSA JOHOR

RESEPI LAKSA JOHOR



Bahan-bahannya :-


1 paket Spaghetti (direbus)


BAHAN A :-

5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)

1 paket kecil udang kering (diblend)

Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)

Sedikit udang basah (diblend)


BAHAN B (diblend) :-

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia

1 inci lengkuas

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai


1 paket santan pekat

1 mangkuk kecil air asam jawa

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto


Bahan Ulaman/hiasan :-


Limau kasturi di belah dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge

Bawang besar hiris

Daun kesum hiri

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan.


CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-


1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.


2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.


3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.


4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2

mangkuk air.


5. Masukkan air asam jawa.


6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.


7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.


8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.


Selamat mencuba.


Hidup muafakat tanpa membezakan,

Berbilang bgsa agma mahupun umur,

Budaya dan adat perbezaan diraikan,

Bersatu padu hidup aman makmur.


Kredit:Fauziah Ali

Read More...

RESEPI BANGSAWAN BY BROKU

 Pengalaman aneh di hari raya!




Assalamualaikum hangpa semua. Hari ni aku nak throwback sikit dekat hangpa satu kejadian rare pada raya kedua tahun lepas.


Raya kedua selalunya aku akan beraya ke rumah sedara-mara belah mak aku. Bila sampai di rumah Maklong aku, biasalah dia hidangkan menu raya macam ketupat, rendang ayam & daging apa semua tu.


Last sekali dia bawak keluar burger yang bagi aku rare la orang hidang time raya kan apa kejadahnya hidang burger time raya.


Mak long aku cakap dia suruh kitorang try sebab dia yang buat sendiri.


Tapi gaiz, burger yang maklong aku buat tu bukan kaleng-kaleng punya burger. Nama burger tu, Wagyu Beef Ribs Rendang Burger.



Sekali tu jela aku rasa, lepas tu sampai ke sudah mengidam sebab tak jumpa dekat mana-mana.


Tapi ada satu group ni jadi penyelamat aku, nama dia PJJ Resepi Bangsawan by Broku.


Sebiji memang padu yang amat rasa dia. Hangpa boleh join & daftar dekat sini. Sebab ada berlonggok lagi resepi lain dalam tu.


(https://osini.co/KYGzb8Q_LOpB)

Read More...

RESEPI BANGSAWAN BY BROKU : Chicken Grill ala thai

 Haluuu semua 


Nak makan chicken grill ala thai yang super sedap?


Uolls dah tak perlu naik flight pi bangkok dah.


Chef Alif nak kongsi menu Chicken Grill Ala Thai yang simple dan mudah sangat uolls nak buat.


Ok ni resepi dia


Chicken grill ala thai 🐓


Bahan bahan 

(marination)

✨Dada ayam

✨1 tsp serbuk kunyit

✨1 tsp garam

✨1 tbsp kicap manis

✨1 tbsp sos ikan

✨1 tbsp sos tiram


(sos thai)

✨⅘ tbsp sos thai 

✨Daun ketumbar

✨Cili hijau besar

✨1 tbsp Bawang holland dicincang 

✨1 batang Serai di hiris 

✨1 ulas Bawang putih

✨1 biji Cherry  tomato 

✨1 tbsp perahan limau nipis 

✨1 tbsp sos tiram

✨1 tbsp sos ikan

✨1 tbsp kicap manis

✨1 tsp garam & 1 tsp serbuk kunyit 


Cara cara

♨Campur semua bahan perapan ayam di atas, dan biarkan sebentar dalam 10 minit sebelum bakar.

♨Sos thai, campurkan sahaja semua bahan di atas & bakar ayam dan boleh dihidangkan dan menikmati.


Selamat Mencuba 🥰


[Kelas Memasak Paling Mantap, belum Pernah Jumpa Kat Malaysia!

@resepibangsawan




Rugi korang tak join! Nah tengok sendiri : (https://osini.co/KYGzb8Q_LOpB)]

Read More...

RESEPI AZLINA INA :Swiss nutella almond viral 2022

Swiss nutella almond viral 2022

1 kg butter premium xkisah korg nak guna jenama ape kalau mak guna tatura atau lurpark
300 g icing sugar atau gula perang halus
1 sudu besar vanilla
2 sudu besar emulco choc( menyedap kan dan memberi colour yg cantik)
3-5 sb nutella pasted( atau boleh ganti coklat hazelnut pasted)
2 sudu besar penuh cocoa powder
640 g tepung jagung
720 g tepung gandum cap rose
1 cwn choc rice

cara2
mudah sgt
korg satukan dulu
semua bahan kecuali tepung2 segala
kacau sampai sebati guna senduk atau mixer mata pedal
dah sebati masuk kan sket2 semua jenis tepung
tambah kan coklat rice dan boleh uli2 ikut keselesaan doh korg nak tekan nnt

boleh ambik sikit adunan mcm nak buat semperit tu
ok korg tekan kan bunga die
lubang kan sket tgh2 pakai jari
paip nutella
tabur kacang badam nips yg dah di bakar
dah siap semua
masuk oven suhu 170 masa 25-28 mnt
siap bia sejuk sekejap
baru boleh rasa😂😂 tp nak jual jgn rasa sampai habis pulak hahahaha...
sape nak join ansuran cookies premium raya mak ade open ya rm40 sebulan selama 3 bulan dapat 4 jenis cookies raya best tauuu🤩🤩

Kredit : Azlina ina









Read More...

RESEPI AZLINA INA : Cookies coklat rice

Asalamualaikum sehari satu resepi

jom la try biskut yg simple2 mcm ni ok boleh buat dgn anak2 nnt


Cookies coklat rice


250 butter

1 cawan gula halus(150-160)

1sk esen vanila

1 biji kuning telur

1 sb shortening

kacau rata tambah kan 

1/2  cawan atau 100g minyak jagung

tambah 2-3 sb serbuk koko dan 1 sb emolco coklat

masuk juga 1sk baking powder

tambah kan 1 cawan(110g) tepung susu kedalam gaul sebati

1 cawan tepung jagung(110g)

last masuk tepung gandum 400g-440g lebih kurg 4 cawan +-

uli sampai jd doh lembut

canai kan doh dan terap

susun atas tray

panas kan oven bakar suhu 170 masa 20 mnt

bia die sejuk dulu.


dressing die

250g dark coin

1sb shortening

cair kan


boleh masuk piping beg atau sudu

letak ganace atas die 

tabur coklat rice.

dan bia die sejuk baru susun dalam balang ok







Read More...

MANISAN KUNAFA DIBANJIRI CHEESE YANG PASTI BUAT ANDA TERLIUR

MANISAN KUNAFA DIBANJIRI CHEESE YANG PASTI BUAT ANDA TERLIUR


Kunafa, Kanafeh atau dipanggil juga Nablus, kalau anda nak tahu ia adalah manisan tradisi yang terkenal di Palestin. 


Dessert ni mengandungi adunan semolina halus seperti bihun nipis yang dilapisi dengan keju MOZARELLA atau Cheese Arab khas iaitu Cheese Akkawi. Fuh sedap sampai meleleh air liur! 😋


Pada permukaan manisan tersebut ditaburi dengan pistachio dan badam. Bila hendak makan manisan tersebut anda kena curah melimpah dengan air gula yang manis berbau ros dan diperah-perah dengan lemon.


Kunafa juga ada banyak jenis doh adunan dan juga inti perasanya mengikut pecahan negeri-negeri di Timur Tengah.


4 Jenis Perasa Inti Kunafa

 

1) Qeshta (atau Ishtah) - Versi ni yang paling femes kerana ia adalah versi tradisional iaitu inti yang dibuat sendiri dengan krim pastri.


2) Jibneh - Inti Cheese Akawi iaitu Cheese Arab, kebiasaannya cheese ni akan direndam dulu untuk mengurangkan rasa masin tu.


3) Kombinasi- Campuran Cheese Akkawi dengan krim tradisi yang dibuat sendiri


4) Kontemporari: Cairan coklat, kekacang dan buah-buahan.


Kunafa ni sangat popular masa bulan Ramadhan, ia dimakan ketika berbuka puasa. Keenakan manisan Kunafa yang rangup, manis dan sangat lazat… pasti membuat anda terliur.

.

So anda wajib cuba sebab manisan ni pasti membuatkan  anda tak keruan. 


Okey untuk next posting kami akan kongsikan pula resepi manisan Timur Tengah. 


Stay tuned!

Read More...

RESEPI BISKUT RAYA 2022 : Biskut Florentine

~BISKUT FLORENTINE~

Biskut Florentine ni famous kan sebab sedak dooh, Korang dah boleh buat sendiri. Ni resepi biskut florentine 🥰

Bahan-bahan
500 gram - tepung florentine
500 gram - almond flakes
200 gram - biji bunga matahari
200 gram - biji labu
20 gram - bijan hitam
20 gram - bijan putih (optional)
Paper cup - base 5cm (muffin cup)  secukupnya

Cara membuat :

💁bakar kekacang pada suhu 160c dalam tempoh 5 minit
💁sejukkan
💁campurkan semua kekacang di dalam bekas
💁masukkan tepung florentine & gaul sehingga sebati
💁sudukan 1 sudu kecil bahan ke dalam paper cup ( sekadar menutup dasar paper cup)
💁bakar pada suhu 160c selama 10  minit
💁sejukkan, biskut akan boleh ditanggalkan dengan mudah dari paper cup

(Paper cup boleh diulang-ulang pakai untuk membakar semua adunan tadi)

Credit: Azira Ibrahim






Read More...

Resepi Bangsawan By Broku : 3 Jenis nasib Arab yang memang lazat menyengat


3 JENIS NASI ARAB YANG MEMANG LAZAT MENYENGAT


Mesti ramai yang suka makan Nasi Arab kan?


Kalau you all perasan trend makan Makanan Arab telah menular ke negara kita sejak dua menjak ni.


Antara makanan yang mendapat tempat di kalangan orang Malaysia ialah pelbagai jenis Nasi Arab.


Keenakan Nasi Arab yang dibuat dari Beras Basmati , Saffron, rempah ratus dan minyak sapi yang berkualiti menambah lagi kenikmatan dan kepuasan tatkala menikmatinya.


Disini kami kongsi dengan anda 3 jenis nasi Arab yang popular dan perbezaannya .


NASI MENDY

Cara masak: Bahan-bahan rempah ratus secara asalnya dimasak bersama lauk seperti kambing atau ayam dan dimasakkan bersama beras basmati. 


Negara Asal: Yaman 


 

NASI KABSAH

Cara masak: Cara masaknya lebih kurang dengan Nasi Mendi cuma rempah-ratusnya saja yang berbeza. Penyediaan kabsah sedikit berbeza mengikut citarasa kebanyakan negara-negara arab yang lain.


Negara Asal: Teluk arab 


NASI BRIYANI

Cara masak: Nasi Beriani  dimasak berasingan dari rempah tumis (kari daging atau sayur-sayuran). Kari dan beras kemudiannya dicampur dan dilapiskan,  Nasi Briyani  mempunyai rasa berbeza  tetapi amat lazat dan mempunyai aroma yang wangi.


Negara Asal: Iran (Parsi). Wah Sedapnya!


Rupanya Nasi Arab ni ada banyak jenis, you all kena cuba tau. 


Jumpa dalam posting akan datang


Cheers😊

Read More...

RESEPI BISKUT RAYA 2022 : Resepi Semperit Susu

>Resepi semperit susu<





250g buttercup
1stengah cwn susu pekat.(.kalau nk guna gula secawn susu pekat stengah cwn pun blh)
4cwn tepung jagung..ayak
2sdb tepung kastad..ayak

1sdb tepubg beras ayak(bagi rangup)

Butter susu pekat..whish dulu hingga sebati
1sdk esen vanilla
Pewarna kuning sikit

Tepung ayak dan sebatikn dulu

Sis uli 2 kli ..nk uli sekali pun blh
Ambil separuh adunan butter msuk dlm 1 bekas
Msuk separuh tepung
Dan uli hingga sebati dan lembut
Sapu loyg dgn sikit minyk atau butter..
Msuk adunan dlm acuan semperit.
Blh la mula menekan
Buat habis dahulu bru topping ceri atau coklet chips

Bakar oven 160 25minit
Dah siappp

Utk semperit cheese.
Dlm 1 beks
125g heese tatura biar lembutkn dulu.
1sdb susu cair
1sdb susu pekat
Sebatikn dan ketepikn dulu

Dlm 1 beks
250g butteecup
1 stegah cwn susu pekat
Esen vanilla
Whisk dulu hingga semua sebati
Msuk adunan cheese
Kacau sebati

4cwn tepung jagung
2sd tepung gandum
1sdm tepung beras
Ayak dulu.

Bru blh start uli

Kalau nk uli semua pun blh.tapi tepung msuk sikit2 na..takut nanti terljk tepung keraa pulk.jenuh nk nekan

Sis asing 2 bhagian doh.separuh sis letk serbuk koko
Separuh lgi asal.titis pewarna kuning sikit na
Blh start menekan
Ikut la citarasa.samaada nk csmpur ke atau nk tekn adunan coklet dulu ke.atas adunan asalbpun blh..je.ikut citarasa masing2 na
Topping je cokket chips putih atau coklet

Bakar  oven 160 25minit

#BIKMM
#SEMPERITKU

Kredit: Ieda jahaya


Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com