MANISAN KUNAFA DIBANJIRI CHEESE YANG PASTI BUAT ANDA TERLIUR

MANISAN KUNAFA DIBANJIRI CHEESE YANG PASTI BUAT ANDA TERLIUR


Kunafa, Kanafeh atau dipanggil juga Nablus, kalau anda nak tahu ia adalah manisan tradisi yang terkenal di Palestin. 


Dessert ni mengandungi adunan semolina halus seperti bihun nipis yang dilapisi dengan keju MOZARELLA atau Cheese Arab khas iaitu Cheese Akkawi. Fuh sedap sampai meleleh air liur! πŸ˜‹


Pada permukaan manisan tersebut ditaburi dengan pistachio dan badam. Bila hendak makan manisan tersebut anda kena curah melimpah dengan air gula yang manis berbau ros dan diperah-perah dengan lemon.


Kunafa juga ada banyak jenis doh adunan dan juga inti perasanya mengikut pecahan negeri-negeri di Timur Tengah.


4 Jenis Perasa Inti Kunafa

 

1) Qeshta (atau Ishtah) - Versi ni yang paling femes kerana ia adalah versi tradisional iaitu inti yang dibuat sendiri dengan krim pastri.


2) Jibneh - Inti Cheese Akawi iaitu Cheese Arab, kebiasaannya cheese ni akan direndam dulu untuk mengurangkan rasa masin tu.


3) Kombinasi- Campuran Cheese Akkawi dengan krim tradisi yang dibuat sendiri


4) Kontemporari: Cairan coklat, kekacang dan buah-buahan.


Kunafa ni sangat popular masa bulan Ramadhan, ia dimakan ketika berbuka puasa. Keenakan manisan Kunafa yang rangup, manis dan sangat lazat… pasti membuat anda terliur.

.

So anda wajib cuba sebab manisan ni pasti membuatkan  anda tak keruan. 


Okey untuk next posting kami akan kongsikan pula resepi manisan Timur Tengah. 


Stay tuned!

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com