Resepi Bangsawan By Broku : 3 Jenis nasib Arab yang memang lazat menyengat


3 JENIS NASI ARAB YANG MEMANG LAZAT MENYENGAT


Mesti ramai yang suka makan Nasi Arab kan?


Kalau you all perasan trend makan Makanan Arab telah menular ke negara kita sejak dua menjak ni.


Antara makanan yang mendapat tempat di kalangan orang Malaysia ialah pelbagai jenis Nasi Arab.


Keenakan Nasi Arab yang dibuat dari Beras Basmati , Saffron, rempah ratus dan minyak sapi yang berkualiti menambah lagi kenikmatan dan kepuasan tatkala menikmatinya.


Disini kami kongsi dengan anda 3 jenis nasi Arab yang popular dan perbezaannya .


NASI MENDY

Cara masak: Bahan-bahan rempah ratus secara asalnya dimasak bersama lauk seperti kambing atau ayam dan dimasakkan bersama beras basmati. 


Negara Asal: Yaman 


 

NASI KABSAH

Cara masak: Cara masaknya lebih kurang dengan Nasi Mendi cuma rempah-ratusnya saja yang berbeza. Penyediaan kabsah sedikit berbeza mengikut citarasa kebanyakan negara-negara arab yang lain.


Negara Asal: Teluk arab 


NASI BRIYANI

Cara masak: Nasi Beriani  dimasak berasingan dari rempah tumis (kari daging atau sayur-sayuran). Kari dan beras kemudiannya dicampur dan dilapiskan,  Nasi Briyani  mempunyai rasa berbeza  tetapi amat lazat dan mempunyai aroma yang wangi.


Negara Asal: Iran (Parsi). Wah Sedapnya!


Rupanya Nasi Arab ni ada banyak jenis, you all kena cuba tau. 


Jumpa dalam posting akan datang


Cheers😊

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com