RESEPI CREAM PUFF BONCET

 Cream puff boncet


Mix 500g butter dan 50g gula then masukkan 1000ml air /1 liter dan 400 ml susu full cream/fresh cream


Masak semua bahan ni sampai mendidih then baru masukkan 800g tepung gandum masak sampai tak melekat then sejukkan adunan dulu then baru alulihkan adunan ke mixer then masukkan vanila dan 20 biji telur(masukkan satu persatu)


Bakar suhu 180 api ats bwh selama 25 minit


belah dua jgn putus cream puff korg td

kemudian sediakan cream die

juga cara baru lg senang sediakan custard cream die


Inti sedap die


Creampuff 

Custard masak 

2 Sudu besar tepung Custard

1 sudu besar tepung jagung

3/4 cawan gula 

1 cawan air panas 

Masak sehingga jadi custard ( Licin )

Sejukkan adunan + campurkan dengan vivo


masuk piping beg guna nozel 1@2M

paip penuh dan gerak kan keluar ayak dusting powder siap







Read More...

BURN CHEESE CAKES BISCOFF BY AZLINA INA

 Betul dah lama pn meletop benda ni cuma mak baru jual die viral balik.Sape yg ragu2 nak buat resepi yg gugle korg try la resepi mak ni beribu dah mak jual 2 mggu ni...Silekan cuba kurg sket org beli dgn mak hahaa sbb dah rebut2 sgt adehai


BURN CHEESE CAKES BISCOFF

LOYANG 5  dapat 3-4 biji


750G g cream cheese

6 biji telur 

225G g gula halus 

400G g whipping cream 

1tbsp CREAMY vanilla

3/4 cwn tepung self raising flour 

Cheese dan gula beat smpai sebati

Masuk telur beat lg

Last masuk bahan2 lain dan mix sebati

Masuk dalam bekas loyang 5 siap lapik baking paper

Hentak2 sket


Bakar Suhu 200 api ats bawah 

Masa 1 jam

Siap sejuk kan dan topping dgn biscoff (spread plus minyak sket masuk piping beg lorek kan)

Siap tuk di jual


Read More...

Resepi Sambal Goreng Basah

Resepi sambal goreng basah by Azlina ina resepi










Bahan2

10 ketul kentang hiris

Tempe 10 bungkus hiris

Tahu 5 biji hiris

Semua garam kan dan goreng

Sayur kacang atau kubis atau carrot hiris2

Suun rendam air


Bahan tumis

5 tangkai cili besar merah

5 tangkai cili besar hijau 

Dua2 hiris serong

Bawang putih 3 ulas hiris

Bawang besar 3 labu hiris


Cara1

Minyak goreng tempe dan kentang tahu td kurg kan kepada 2 senduk dan tumis bahan tumis

Dah agak layu masuk kan bahan yg di goreng dgn sayur

Gaul rata tambah gula 5 sb 

Gaul sebati

Lepas tu tuang kicap pekat 5 sb dan kicap masin kipas udang

Gaul sebati  tambah air asam jawa 5 sb gaul kan

Tamban 1/2 cawan santan dan sedikit air masak 

Gaul2 sebati tambah garam jgn banyak kicap dah masin

Tambab serbuk perasa

Bia 3 hngga 4 mnt siap tuk di hidang

Read More...

“KAU PUSH AKU HARI-HARI SIAL!” TIKTOKERS TAK PUAS HATI DAN MAKI MANAGER DI TEMPAT AWAM“KAU PUSH AKU HARI-HARI SIAL!” TIKTOKERS TAK PUAS HATI DAN MAKI MANAGER DI TEMPAT AWAM

Tular sepotong video di Tiktok dan Instagram, seorang tiktokers yang bernama Hisyam Haris (hisyam.hris) didakwa memaki managernya kerana tidak berpuas hati atas layanan buruk yang dia dapat.


Difahamkan, video terbabit dikongsikan sendiri oleh Manager Mustari Entertainment iaitu, Mister Yummee melalui akaun instagram dan tiktok peribadinya

“Jangan nak berlagak sangat bro, sampai maki aku kat public.”kata managernya

 

Video tersebut menyatakan Hisyam Haris tak berpuas hati terhadap managernya.

“Kau ingat aku ni apa? Balaci kau? Kau push aku hari-hari SIAL”katanya

 

Tiktokers tersebut didakwa memalukan manager nya di tempat awam dan tidak boleh mengawal emosi/

Bagaimanapun, ramai orang sedang menunggu jawapan Hisyam Haris untuk menjelaskan perkara yang berlaku


 “KAU PUSH AKU HARI-HARI SIAL!” TIKTOKERS TAK PUAS HATI DAN MAKI MANAGER DI TEMPAT AWAM

Read More...

Resepi Mee Kuah Tulang Keledek Merah

 *Mee kuah tulang keledek merah..*👩‍🍳


bahan2nya:


Tulang dan daging rebus

Keledek merah 

*Blend bawang besar 

*Bawang putih

*Halia

*Cili kering

Serbuk sup adabi dua sudu 

Serbuk perasa sikit 


Sos cili

Sos tomato


Garam

Gula 

Susu pekat manis 


Semua bahan bertanda * ni tumis smp pecah minyak..masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum.. then tuang masuk dlm rebusan daging td..


Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend pastu masuk dlm periuk


Masuk pula segala sos td.. mama agak2 je


Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis ( ikut rasa masing2 ea..😁)


Dah siap ble la taburkan 

hirisan daging 

Telur rebus

Tauhu goreng

Sawi celur

Daun bawang/ sup

Taugeh 

Cili potong 

Bawang goreng 


Selamat mencoba..!😁😁


Kredit : finaz rizal

Read More...

RESEPI AZLINA INA : TART BROWNIES BITE LAVA

Tart brownies bite lava


bahan2 A

kulit tart ready made beli kat bakery senang😂


bahan2 B

180g butter

300g coklat dark beryls

cair kan double boil


bahan2 C

3 biji telur

120g gula perang

satukan dan kocak2 kan

tambah

bahan2 B kacau perlahan

dah sebati tambah 120g tepung self rising

masuk piping beg

letak coklat chips putih atau white coin beryls kedalam kulit tart tadi

paip kan adunan brownies td

nak tambah kan badam slice pn boleh

bakar suhu 180 masa 20-25 mnt atau sampai bau brownies naik dan wangi..

siap di hidang.Kalau nak lava die cair masa lepas masak tu makan panas2 mmg best😍








Read More...

RESEPI LAKSA JOHOR

RESEPI LAKSA JOHOR



Bahan-bahannya :-


1 paket Spaghetti (direbus)


BAHAN A :-

5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)

1 paket kecil udang kering (diblend)

Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)

Sedikit udang basah (diblend)


BAHAN B (diblend) :-

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

1 inci halia

1 inci lengkuas

1/2 inci kunyit basah

2 batang serai


1 paket santan pekat

1 mangkuk kecil air asam jawa

1 paket kerisik

2 paket kecil rempah kari ikan

Garam halus

Gula pasir

Ajinomoto


Bahan Ulaman/hiasan :-


Limau kasturi di belah dan dibuang biji

Timun hiris

Tauge

Bawang besar hiris

Daun kesum hiri

Bunga Kantan hiris

Lobak asin halus

Sambal belacan.


CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-


1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.


2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.


3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.


4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2

mangkuk air.


5. Masukkan air asam jawa.


6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.


7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.


8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.


Selamat mencuba.


Hidup muafakat tanpa membezakan,

Berbilang bgsa agma mahupun umur,

Budaya dan adat perbezaan diraikan,

Bersatu padu hidup aman makmur.


Kredit:Fauziah Ali

Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com