Tiada idea untuk menulis

Ohh..tidak..blog hangat2...tahi ayam..

Ko mampu!!

Malas aku nak menulis, tak ada idealah,

Wahai encik keladi jangan bermalas-malasan...dulu waktu tak ada blog, jelous pulak bila ada orang yang sudah berjaya jadi blogger jutawan..lah ni sudah ada blog..ko jadi malas pula..aiyooo!!!

Keladi blogger : idea datang daripada hasil pemikiran yang kreatif

Idea datang bergolek

Boleh ke idea datang bergolek jika kita
  • Malas membaca
  • Malas mengikuti perkembangan semasa
  • Malas berblog walking
  • Malas menuntu ilmu
  • Malas join dalam laman sembang
MALAS bukan sifat seorang blogger berjaya.

Jadi jika kita tak malas, confirm ada idea untuk menulis blog, betul tak kawan-kawan, encik keladi pasti mesti blog korang mempunyai kualiti dan identiti tersendiri jika malas telah dijauhkan.

Idea melalui kreativiti

Jangan beri alasan, kata nak berjaya dalam berblog encik keladi oii, kenapa tidak gunakan 
  1. Isu semasa dalam mencari idea ketika menulis
  2. Media sosial banyak membantu dalam mencari idea
  3. Pengalaman yang dilalui oleh  kita sendiri ataupun orang lain
  4. Berblog walking pada blog yang sama niche, tapi awas jangan copy n paste, cari kelainan, walaupun isu yang sama
  5. Membaca dan terus membaca.
Hanya sekadar panduan dan pandangan, bagi encik keladi sebagai newbie, pada permulaan memang kita akan rasa banyak isu dan topik yang ingin dikongsi kepada umum, tetapi makin lama kita berasa semacam bosan untuk menulis, mugkin disebabkan blog yang kita hasilkan masih tiada pengunjung, ataupun, isu dan topik tersebut bercampur aduk niche nya , jadi mugkin belum ada sesuatu yang bernilai pada blog kita.

Tunggu apa lagi, jom kita terus berblog walking dalam misi menjadi blogger yang berjaya.

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com