5 Strategi Pemasaran Dato Vida yang mesti dilakukan oleh usahawan baru

Hai Bloggers and readers, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya dan baca artikel ini, untuk entri ini keladi nak korang turut sama untuk mengkaji dan melihat bagaimanakah Dato Vida menggunakan idea dan strategi pemasaran beliau dalam memajukan bisnesnya tu,

Alamak!!!

Nampak macam terlalu tertekan pulak keladi  menulis blog ini, tapi keladi tak nak jadi macam robot yang sedang bercakap, untuk entri ini dan seterusnya keladi cuba dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan menggunakan gaya penulisan yang lebih santai, huhuhuhu..... penat membaca beb, gara-gara untuk mencari gaya dan teknik penulisan yang lebih berkesan untuk menarik perhatian pembaca.

Okey, kita tinggalkan dulu tentang teknik penulisan yang berkesan tu, dan yang pasti kita teruskan je perbincangan ini tentang strategi pemasaran dan idea Dato Vida dalam memperlihatkan produk beliau yang utama dikalangan persaing produk yang lain.

Korang rasakan Dato Vida ini memang dilahirkan dikalangan orang yang benar-benar berbisnes ke? 

Jika dilihat, latar belakang Dr Vida, memang sahlah...biasannya wanita kelantan ni memang suka berniaga, kat mana-mana wanita kelantan ni rajin berniaga, daripada sekecil-kecil barang sehingga sebesar-besar barang pun mereka akan niagakannya, buktinya keladi tengok gelagat dan aktiviti rakan sekerja keladi yang berasal daripada kelantan tu, memang suka berniaga, buat nasi lemak lah, jual kain lah, tudung lah, semua dikira ada dan diniagakan, banyak lagi bukti yang menunjukkan yang wanita kelantan ni memang kaki niaga kot.

Jadi, kesimpulannya Dato Vida ni memang mempunyai darah daging berniaga dan semangat niaga yang tinggi, sebabnya beliau adalah anak kelahiran kelantan, sudah tentu pengalaman beliau menyebabkan Dato Vida ni mempunyai idea dan strategi yang berkesan dalam meningkatkan jual serta terus berjaya mengukuhkan jenama pada waktu persaingan yang ramai dalam industri perniagaan kosmatik ni. Kiranya Faktor pemasaran yang utama bagi beliau adalah MINAT BERNIAGA, kenapa keladi kata minat berniaga adalah salah satu strategi pemasaran beliau, macam pelik je!, pelik ke? tak pelik lah, sebabnya cuba korang lihat, dan baca perjalanan perniagaan beliau, daripada zaman sekolah sehingga zaman menjadi tenaga pengajar, beliau ni tak pernah berputus asa, dan terus melakukan atas dasar minat beliau terhadap  perniagaan walaupun ia dilakukan secara partime, kesungguhan dan ke sabar beliau adalah kunci utama yang dapat kita lihat, apabila kita melihat kesungguhan dan usaha beliau untuk memberikan sesuatu yang baik untuk pengguna, mestilah produk beliau tu berkualiti, bukan hanya untuk mendapat keuntungan je,  beliau juga mengkaji dan terus mengkaji apakah bahan sumber alam  serta nilai-nilai komersial sumber alam tersebut yang boleh digunakan dalam produk beliau dengan niat untuk membantu orang ramai dalam mencari produk kesihatan yang baik terutama peringkat umur yang lebih tua, secara tidak langsung pelanggan akan merasai yang produk ini memang mempunyai kebaikan dan kelebihan untuk kesihatan secara tersendiri, korang rasa jika sesuatu produk tu tidak diketahui bahan yang digunakan dan keberkesanannya, nak ke korang beli ?, sekarang ni pun banyak je produk-produk kesihatan yang dijual dipasaran, tapi jika lihat produk tersebut mesti kita kurang yakin terhadap produk yang hanya dijual saja, kita tak tahu pun bahan yang digunakan, apa kajian yang dilakukan, adakah ia betul-betul berkesan pada tubuh badan kita ataupun akan meninggalkan kesan  dan banyak lagi lah alasan untuk kita was-was terhadap sesuatu produk sebelum membelinya. 

Selain itu, bagi keladi kan korang!' selain produk tu boleh memberi kebaikkan kepada tubuh badan kita, faktor HARGA juga adalah salah satu yang utama untuk kita membeli sesuatu produk, jadi strategi yang digunakan Dato Vida adalah pada harga, harga mampu milik untuk memiliki sesuatu produk adalah yang difikirkan oleh beliau, menyebabkan produk beliau mendapat permintaan yang tinggi, maklumlah zaman sekarang ni ekonomi tak berapa nak baik, dengan GST nya, harga barang melambung dengan tinggi, entah apa lagi yang meningkat, tapi barang yang dijual oleh dato vida dikira mampu milik lah, ala cuba je korang bayangkan, produk yang dijual oleh beliau bukan produk keperluan utama ia hanya sampingan je, jika tak ambil pun tak mengapa, mugkin dengan kenaikan kos hidup yang tinggi agak mustahil kita nak keluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan produk sampingan yang kita suka, berfikir seribu kali kot, tapi dengan harga yang berpatutan, menyebabkan kita beli juga, walaupun kos sara hidup meningkat, sebabnya harga tak lah terlalu mahal untuk dimiliki, puteh pun dapat, "Qu Puteh Qu Puteh", baru lah puteh", confirm tak menyesal jika belinya.

Ala maaf la ya, lupa pulak sepatutnya keladi perlu share tentang strategi pemasaran Dato Vida yang boleh kita ikut ni dalam bentuk point, barulah mudah untuk korang faham apabila membaca point keladi ni, kiranya walaupun korang tak membaca habis pun tetapi sekurang-kurangnya korang boleh ambik point je kan nanti, terima kasih ya, okey jom kita sambung pulak apakah point seterusnya...

Strategi Pemasaran Dato Vida yang mesti dilakukan oleh usahawan baru

  1. PRODUK : Dato Vida ni bijak dalam memilih perniagaan yang dijalankan, sebabnya korang tengok jelah produk beliau, apa yang dijualnya tu, hemm tak payah la keladi senaraikan, sebabnya memang produk Dato Vida ni teringat-ingat kat minda kita, sungguhpun kita tidak membeli dan menggunakannya, produk yang beliau jual juga mempunyai permintaan yang tinggi, sungguhpun kita tidak membeli dan menggunakannya tetapi keinginan untuk mengetahui kebaikan jika menggunakannya tetap ada, macam keladi lah kalo jalan-jalan tu tengok kat tokoh-tokoh jamu, mesti akan menjeling produk-produk tersebut, kononnya nak kulit gebu, tapi yang keladi nak maksudkan di point ini, dalam strategi pemasaran beliau, beliau bijak menggunakan kepakaran dan kemahiran serta minat beliau untuk menghasilkan produk yang mempunyai permintaan yang tinggi, jadi mudah jika produk tersebut mempunyai pengaruh yang besar. ( "Jika keladi nak berniaga nanti, entah apa perniagaan yang menjadi minat keladi, entah lah, tak kan nak jual idea je kan, entah ler kita abaikan dulu!"), jom kita lihat point yang seterusnya.
  2. PENGIKLANAN : Jika kita buat produk, kalo tak diberitahu kepada orang ramai. ada ke yang nak beli, itu sebabnya, Dato Vida ni sanggup melabur berjuta-juta untuk pengiklanan, tapi kan korang keladi ada membaca kisah kegagalan Dato Vida dalam mengiklankan produk Pamoga Qu Puteh tu, rasanya, peringkat permulaan hanya lebih kurang 500 unit saja yang terjual sungguhpun beliau telah melabur banyak dalam pengiklanan, tapi tulah semangat dan kekuatan yang dimiliki beliau tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan penjualan produk tersebut, dan akhirnya beliau menemui kejayaan dalam memasarkan produk selepas mucul di siaran radio kelantan, dan ketika itu juga mereka melihat ramai pengguna yang beratur untuk mendapatkannya produk  Pamoga tu, tapi entahlah keladi ada terbaca juga yang pengiklanan Dato Vida buat ni ada juga yang kurang mendapat perhatian, kiranya belanja pengiklanan lebih banyak daripada pembelian kot, dan sebab tu jugalah dia akan muncul di setiap produk yang dijualnya tu. Jadi Ilmu yang kita perolehi, adalah dalam memasarkan sesuatu produk tu, perbelanjaan untuk iklan mesti difikirkan..entahlah apa yang keladi melalut ni, korang yang baca kena faham-faham saja lah.
  3. PENJENAMAAN DAN TRAD-MARK BISNES : Yang ini tak payah la nak cerita, setiap hari kita dengar tagline beliau tu dimana-mana jadi secara tak langsung orang akan sentiasa sedar dengan kehadiran produk ini, mugkin selama-lamanya tagline tu akan tersemat difikiran kita, teringat pula keladi pasal produk zaitun tu, kiranya memang tak boleh nak hilanglah jika teringat je produk halal, mesti akan terbayang produk zaitun, ziatun ku kenali kesucian mu aneka jenis barangan bermuta.....zaitun suci....betul tak, kita akan sentiasa teringat padahal produk tu pun sudah lama tiada dipasaran. kiranya yang point ni keladi tak nak cerita panjang lebar sebabnya nanti jika ada masa keladi nak share satu entri khusus untuk cerita tentang point ini, dan yang pasti penjenamaan untuk produk Dato Vida tu memang benar-benar dapat meninggalkan kesan kepada pengguna.
Jap ya, keladi ulang semula poin-point yang keladi telah tuliskan diatas, sebab mudah nanti untuk kita buat rujukan, point yang pertama adalah Minat berniaga, (2) Harga, (3) Produk (4) Pengiklanan (5) Penjenamaan dan trad-mark, nak diikutkan banyak lagi tau teknik pemasaran Dato Vida ni yang boleh kita tiru, tapi jika nak ikut 100% tu, mampu ke beb!, bukannya sikit tau makan duit berjuta-juta juga, tapi itulah yang dikatakan jika berani dengan kerugian tak mustahil keuntungan yang berlipat kali ganda yang akan kita terima..akan bersambung pada entri seterusnya, sebab penat nak memerah otak, terima kasih sekali lagi sebab sudi membaca, jika tak faham perlu buat-buat faham jelah, jangan ketawa ya...






No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com